Connect with us

Oh! Media

Semua Gembira Lihat Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Selamat Bernikah

zizi kirana

Trending

Semua Gembira Lihat Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Selamat Bernikah

Bukan seperti yang diuar-diuarkan bakal bernikah bulan hadapan, sebaliknya penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin telah selamat diijabkabulkan pagi tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) “Don’t Judge A Book By Its Cover”, Alunan Taranum Zizi Kirana Buat Ramai Meremang

Pernikahan pasangan itu terjawab setelah dilihat berbusana pengantin warna hitam berada di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pagi tadi.

Menerusi Instagram Live di akaun Zizi menunjukkan pasangan tersebut sedang melangsungkan acara pernikahan bersama juru nikah sekitar jam 10:45 pagi.

Penyanyi itu kemudiannya membuat satu lagi siaran langsung di Instagram menampilkan dirinya dan suami, Yusuf selepas akad nikah dan dilihat sedang bergambar bersama.

Di dalam siaran tersebut, pasangan yang baru sahaja disatukan itu dibanjiri dengan ucapan tahniah dalam kalangan peminat serta rakan selebriti.

Terdahulu, kecoh khabar angin mengatakan mereka bakal menamatkan zaman bujang pada bulan hadapan. Namun masing-masing mendiamkan diri dan tidak mengesahkan apa-apa.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas