Connect with us

Oh! Media

Selepas Aksi Bahaya Basikal Lajak, Remaja Buat Hal Baring Atas Jalan Raya

Basikal 2

Trending

Selepas Aksi Bahaya Basikal Lajak, Remaja Buat Hal Baring Atas Jalan Raya

Tular di media sosial rakaman video memaparkan aksi berbahaya beberapa orang remaja lelaki berbaring dan bergolek di atas jalan raya.

BACA: “Jangan Sebab Kau Orang Lain Susah” – Netizen Risau Ada Geng Basikal Tengah Highway Waktu Malam

Dalam video berdurasi 18 saat, remaja lelaki itu dilihat berada di tengah-tengah jalan raya sebelum sebuah kereta menghampiri mereka namun sempat mengelak.

IKLAN

Kedengaran suara perakam meminta sekumpulan remaja itu terus berbaring meskipun melihat kelibat sebuah kereta melalui jalan itu.

Selain perbuatan bahaya itu, ada satu lagi rakaman menunjukkan remaja-remaja ini dipercayai orang yang sama melempar batu ke arah kereta.

Menjengah ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa berang dengan tindakan remaja yang disifatkan merisikokan nyawa sendiri. Mereka juga dikecam bertindak melampau apabila membuat cubaan merosakkan harta benda orang lain.

Screenshot 2022 04 18 at 122616 pm

Setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai lokasi dan tarikh kejadian dirakamkan. Apa-apa pun netizen menggesa ibu bapa memantau pergerakan anak-anak dan jangan membiarkan mereka berpeleseran tanpa tujuan di malam hari seperti ini.

Kredit: Twitter JackyGee10

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas