Connect with us

Oh! Media

Selamat Tiba Di Tanah Air, Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Syukur

Trending

Selamat Tiba Di Tanah Air, Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Syukur

Selepas sebulan pendakwah terkenal tanah air, Ustaz Ebit Lew menghabiskan masa di Palestin bagi menjalan misi kemanusian bagi membantu penduduk-penduduk disana yang ditindas, kini pendakwah tersebut sudah selamat tiba di tanah air.

ADVERTISEMENT

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Ebit Lew melalui hantarannya di laman Facebook memaparkan beliau bersama-sama rakan-rakannya yang turut serta dalam misi kemanusian itu dilihat sudah tiba di lapangan terbang tanah air, semalam.

Ustaz Ebit Lew bersama rakan-rakannya telah selamat tiba di tanah air (Sumber: Facebook)

Katanya, beliau berasa bersyukur selepas berjaya menyelesaikan misi kemanusiannya di Palestin selain turut mengucapkan terima kasih kepada semua masyarakat yang sentiasa mendoakan keselamatan dan usahanya selama ini.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji milik Allah. Terima kasih ya Allah.

Terima kasih semua yang selalu mendoakan yer. Allah sahaja yang membalasnya. Jika ada kebaikan atas yang kami buat berkat doa semua.

Katanya lagi, beliau bersama rakan-rakannya sedang menjalani kuarantin di tempat yang telah ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain turut menzahirkan rasa syukur kepada DS Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra kerana telah memudahkan urusannya di sana.

Kami sedang menjalani kuarantin di tempat yang ditentukan kkm. Terima kasih DS Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra serta Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.

Ustaz Ebit Lew juga turut mengucapkan terima kasihnya kepada Turkish Airline kerana telah menjadi sponsor penerbangan beliau.

Terima kasih Turkish Airlines sponsor penerbangan kami. Terima kasih Turkish Airlines selesa sangat dan layanan paling best. Semoga berkat dan bertambah maju.

Rata-rata netizen mengucapkan tanda syukur kepada Ustaz Ebit Lew yang selamat pergi dan pulang dari misi kemanusiannya serta turut memuji kerja keras yang dibuat beliau bagi membantu umat islam di seluruh dunia.

Hantaran yang dibuat oleh Ebit Lew melalui laman Facebook miliknya itu sehingga kini telah mencapai 360,000 tanda suka dan 25,000 telah memberikan komen serta telah dikongsikan sebanyak 9000 kali.

Kredit: Ustaz Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas