Connect with us

Oh! Media

”Saya Tak Marah Dijodohkan Dengan Siti..” – Iqbal Zulkefli

ohmedia iqbal zulkefli

Trending

”Saya Tak Marah Dijodohkan Dengan Siti..” – Iqbal Zulkefli

Iqbal Zulkefli tak marah dijodohkan dengan Siti Jamumall, malah doakan dia dan suami kembali bersama.

Ahli perniagaan, Ahmad Iqbal Zulkefli menegaskan bahawa dia tidak pernah melenting apabila ramai netizen cuba menjodohkannya dengan usahawan Siti Jamumall.

Menerusi Tiktok, Iqbal menjelaskan bahawa walaupun ramai mendoakan mereka bersama, dia tetap menjaga batas memandangkan Siti masih dalam tempoh iddah.

Saya tak marah orang jodohkan saya dengan Siti… tapi keadaan sekarang ini Siti masih dalam iddah dan saya perlu jaga banyak batas.

Masih doakan Siti dan suami bersatu kembali

Malah, Iqbal dengan rendah hati berharap agar Siti dan suaminya, Aiman, dapat kembali bersama.

IKLAN

Apa pun, saya tetap mengharapkan Siti dan Aiman berbalik kembali.

Bantu tanpa gimik, demi emosi dan kandungan Siti

ohmedia iqbal zulkefli siti jamumall

Iqbal turut menegaskan bahawa segala bantuannya kepada Siti adalah tulus tanpa sebarang gimik murahan. Dia hanya ingin melihat keadaan Siti kembali stabil, lebih-lebih lagi kerana Siti sedang hamil.

Bukan wang yang utama, tetapi memulihkan keadaan, demi kandungan serta emosi Siti itu yang sangat penting.

Netizen kagum dengan keikhlasan Iqbal Zulkefli

iqbal zulkefli nadzainal ohmedia

Sikap Iqbal yang tenang dan matang mengundang pujian ramai, terutamanya selepas dia dilihat menemani Siti ke pusat rawatan untuk pemeriksaan kandungan, hingga mereka dikatakan sebagai pasangan serasi.

Pssttt! Hormati ruang dan ujian orang lain. Kadang-kadang, keikhlasan tak perlu ditunjuk, cukup hadir sebagai sokongan tanpa drama.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas