Trending
“Saya Suka Jumpa Anti Monarch Ni” – Disindir Fahmi Reza, TMJ Ajak Jumpa
Pereka grafik dan aktivis yang sering terpalit dengan kontroversi, Fahmi Reza dilihat menyindir pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail selepas satu posting grafik dibuatnya dimuat naik semula oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim.
BACA: “Jangan Berdrama” – Tengku Hassanal Mohon Maaf, Arah Polis Henti Siasat Aktivis Tegur Kelewatan
Sindiran dibuat Fahmi itu membuatkan Tunku Mahkota Johor menghantar satu hantaran mesej kepada Fahmi dan berharap agar dapat berjumpa dengan aktivis berkenaan.
— Fahmi Reza (@kuasasiswa) July 27, 2022
TMJ dah ‘unblock’ Fahmi
Sorry. Harap kita dapat jumpa. Saya suka jumpa anti monarch ni semua. Interesting. Tanya @Marina_Ibrahims 👍🏻🏴 https://t.co/QLRMUwNdYk pic.twitter.com/NUBKUPc33u
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) July 27, 2022
Menerusi satu ciapan yang dibuatnya, TMJ menyatakan bahawa baginda suka untuk bertemu dengan golongan yang digelar anti-monarch dan berharap agar dapat bertemu dengan Fahmi.
Maaf, harap kita dapat jumpa. Saya suka jumpa anti monarch ni semua. Menarik.
Maaf saya punya admin block awak. Saya dah suruh unblock. Dulu nak ajak jumpa taknak.
Fahmi tak mahu berjumpa
Walaubagaimanapun, pelawaan dibuat TMJ itu ditolak pereka grafik berkenaan kerana bimbang akan dilabel sebagai seorang yang mengampu sekiranya bertemu pemangku Raja Johor itu.
.@HRHJohorII pic.twitter.com/8XnGUVjsyo
— Fahmi Reza (@kuasasiswa) July 27, 2022
Saya lebih senang kekal sebagai seorang aktivis yang independen. Harap kamu faham kenapa saya tolak jemputan kamu. Kalau kita berjumpa, saya takut akan dilabel ‘b*ru* TMJ’ lah pulak nanti.
Dan terima kasih sebab dah suruh admin unblock. Kita boleh sembang kat Twitter je.
Untuk info, Fahmi sebelum ini pernah ditahan polis berhubung karikatur monyet berpakaian kuning yang dimuatnaik di akaun Facebok miliknya.
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM