Connect with us

Oh! Media

“Jangan Berdrama” – Tengku Hassanal Mohon Maaf, Arah Polis Henti Siasat Aktivis Tegur Kelewatan

Trending

“Jangan Berdrama” – Tengku Hassanal Mohon Maaf, Arah Polis Henti Siasat Aktivis Tegur Kelewatan

Semalam, Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan selepas didakwa menghina Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Tengku Hassanal Sanggup Redah Hujan Untuk Melihat Mangsa Kemalangan Dipuji Rakyat Malaysia!

Individu dikenali sebagai Noor Jehan Abu Bakar kemudiannya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan berhubung ciapan dibuatnya di Twitter yang telah dipadam.

Ia selepas Noor Jehan mendakwa Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan beberapa pegawai berpangkat tinggi yang lain hadir lewat dua jam ke Program Pemulihan Ekosistem Zon Penampan, iaitu acara penanaman pokok di Pantai Chenor, Kemaman, Terengganu.

Pemangku Raja Pahang arah polis henti siasat aktivis

Terbaru, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memuat naik hantaran di Instagram story memaklumkan bahawa baginda sudah meminta pihak polis untuk menghentikan siasatan ke atas aktivis berkenaan.

Tengku Hassanal Ibrahim juga mendedahkan bahawa kesihatan yang tidak berapa baik menyebabkannya lewat untuk menghadiri majlis menanam pokok tersebut.

Baginda kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Noor Jehan atas kelewatannya hadir ke majlis tersebut.

Noor Jehan hargai permohonan maaf Tengku Hassanal

Dalam pada itu, Noor Jehan menerusi akaun Twitternya, memuat naik satu ciapan menyatakan bahawa dia menghargai permohonan maaf dibuat Tengku Hassanal berhubung perkara itu.

Tengku Hassanal okay je

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Tengku Hassanal yang membuat permohonan maaf atas kesilapan dari pihaknya.

Kredit: Instagram This.7 | Twitter Kucingkuncitara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas