Baru-baru ini, pelakon terkenal Emma Maembong mengejutkan orang ramai apabila telah memberi kenyataan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya, Muhammad Shazli Azhar.
Difahamkan dia telah bercerai dengan bekas suaminya dengan cara baik dan pada masa kini Emma telah pun tamat tempoh iddah.
Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah.
Emma berkata dia menyedari krisis rumah tangganya sedang hangat dibincangkan oleh orang ramai, disebabkan itu juga Emma memilih untuk berdiam diri supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Dia masih lagi memuat naik gambar bersama bekas suaminya itu sehingga orang rumah mula berteka teki sama ada dia dan bekas suaminya masih bersama atau tidak.
Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya walaupun saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini.
Sebenarnya tujuan saya masih memuat naik foto bersama bekas suami di Instagram hanyalah untuk menjaga emosi anak-anak supaya mereka tidak terkesan dengan perpisahan ini.
Saya nak anak-anak saya melihat keluarganya masih bahagia.
Menerusi laporan Harian Metro, Emma enggan untuk berkongsi cerita dengan pihak media dan tidak memberitahu bila tarikh perpisahan itu berlaku.
Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu saya mengambil langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman.
Namun, disebabkan hari ini saya menerima panggilan anda (media), saya rasa sudah tiba masanya untuk beritahu kepada umum supaya ia tidak lagi ditanya.
Saya akui perkahwinan ini bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak dugaan yang perlu ditempuh.
Emma berkata dia bersyukur hubungannya dengan bekas suami masih baik walaupun mereka sudah berpisah.
Walaupun sudah tidak bersama, hubungan kami masih baik.
Masing-masing terima perceraian ini dengan berlapang dada dan matang. Kami juga anggap dugaan ini sebagai satu proses untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.
Fokus kami sekarang adalah membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Walaupun sudah tidak bersama, kami akan tetap buat aktiviti keluarga bersama-sama dengan dua cahaya mata kami.
Menurut Shazli, dia telah menyifatkan bahawa urusan jodoh adalah rahsia Allah dan reda dengan segala ketentuan.
Kita cuma mampu merancang, namun soal jodoh, ajal semua di tangan Tuhan.
Allah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
Terdahulu, Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Menerusi hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki.