Connect with us

Oh! Media

‘Saya Sedia Bantu Secara Percuma’ – Usahawan Tawar Jentolak Musnahkan Kebun Durian Haram

Trending

‘Saya Sedia Bantu Secara Percuma’ – Usahawan Tawar Jentolak Musnahkan Kebun Durian Haram

Operasi pihak berkuasa untuk memusnahkan kebun haram baru-baru ini terhenti berikutan empat jambatan simen dirobohkan dipercayai dilakukan peneroka kebun berkenaan. Ada jer akal mereka ya.

ADVERTISEMENT

BACA : Operasi Musnah Kebun Durian Terhenti, Jambatan Simen Dirobohkan

Menurut laporan Sinar Harian, seorang usahawan ingin membantu Jabatan Perhuganan Negeri Pahang (JPNP) dalam operasi memusnahkan kebun durian haram di  Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub. dengan menawarkan enam buah jentolak miliknya.

Menerusi laman Facebook usahawan berkenaan, dia ingin membantu secara percuma jer disebabkan ia sedikit membebankan anggota yang bertugas dalam operasi itu. Lagipun kawasan tersebut agak luas.

Menurutnya juga, sekiranya JPNP bersetuju dengan khidmat yang ditawarkan, dia akan terus menghantar jentera ke lokasi berkenaan. 

Saya lihat dengan keluasan kawasan terlibat lebih 100 hektar, sangat luas jadi ia sedikit membebankan anggota terlibat.

Dengan penggunaan lebih banyak jentolak ia akan mengurangkan beban dan masa anggota.

Sudah tiba masanya usaha membanteras peneroka haram dilakukan dan saya mengharapkan urusan anggota terlibat berjalan lancar.

Kah! Buatlah helah apa sekalipun, ingat boleh terlepas?

Kredit: Sinar Harian | Facebook Ali Omar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas