Connect with us

Oh! Media

”Saya Patut Meninggal Dah Hari Itu” – Nabil Ahmad Cerita Kisah Silam

Ohmedia nabil Ahmad

Trending

”Saya Patut Meninggal Dah Hari Itu” – Nabil Ahmad Cerita Kisah Silam

Nabil Ahmad dedah pernah rempit naik motor curi, patah kaki dan nyaris maut.

Siapa sangka di sebalik lawak selambanya di kaca TV, pengacara dan penyampai radio popular iaitu Nabil Ahmad pernah melalui zaman gelap sebagai mat rempit?

Menerusi podcast Soutudeen di Tiktok, Nabil secara jujur membuka cerita silamnya ketika aktif berlumba motosikal secara haram, siap guna motosikal curi!

Mula-mula lumba isi minyak motor je, kecil-kecil… lama-lama guna duit. Saya pernah menang, pernah kalah, bergaduh dan kena kejar polis.

Apa yang lebih mengejutkan, Nabil turut mengakui mereka berlumba menggunakan motosikal curi, dan bila ada operasi polis, tinggal saja motor itu!

IKLAN

Kalau kena kejar dengan polis, tinggal sahajalah motosikal tu.

“Saya patut meninggal dah hari itu” – Nabil Ahmad

@soutudeen

Rempit. Watch full vid YT Soutudeen feta Nabil Ahmad.

♬ original sound – soutudeen – soutudeen

Paling menyentuh hati, Nabil berkongsi dia pernah mengalami kemalangan ngeri sehingga hampir meragut nyawanya.

Saya kena langgar dengan van sampai patah kaki, gigi depan pun kena, sekarang pakai gigi palsu.

Motosikal saya patah tiga, kaki saya pun patah tiga… saya patut meninggal dah hari itu.

Nabil turut menceritakan detik lucu selepas kemalangan, apabila ada orang awam cuba menghantarnya ke hospital tapi pintu kereta tak boleh ditutup sebab badannya terlalu tinggi!

Bukan nak glamor, tapi jadi iktibar

Nabil

Menurutnya lagi, kisah itu bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi lebih kepada pengajaran buat anak muda di luar sana.

Zaman tu saya memang rempit ‘kaw-kaw’. Lepas balik kerja terus ikut orang pergi lumba. Tapi tak ada bohsia-bohsia.

Pssttt! Kisah Nabil ini jadi bukti bahawa masa silam tak menentukan masa depan. Tapi jangan tunggu tragedi baru nak insaf. Jalan yang salah takkan bawa ke mana. Pilih jalan selamat, demi masa depan yang lebih cerah.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas