Connect with us

Oh! Media

”Saya Memang Jahil, Sekarang Pun Jahil Lagi” – Ira Kazar

Ira Kazar

Trending

”Saya Memang Jahil, Sekarang Pun Jahil Lagi” – Ira Kazar

Bekas isteri kepada pengarah kontroversi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar tampil bersuara selepas melihat pengikut di media sosial masih bertelagah tentang kisah rumah tangganya yang lalu.

Menurut laporan Kosmo, Ira mengakui dirinya pernah jahil dan tidak mahu kisah silam itu terus menjadi bahan perdebatan semasa siaran langsung di Tiktok yang dikongsi Oh Bulan.

IKLAN

Tak perlu nak beritahu mereka sebab dahulu saya memang jahil. Sekarang pun saya akui jahil lagi. Sudah-sudahlah bergaduh, anda ganggu ketenteraman orang lain, bukan saya.

Ira Kazar tak terasa hati, anggap kecaman sebagai hiburan

@ohbulanofficial

Bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mengakui sama seperti insan lain yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dalam hidup. #ohbulan #fyp #news #syamsulyusof #irakazar #mengaku #jahil

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Meskipun masih menerima kutukan dan tohmahan, Ira memilih untuk berlapang dada dan menganggap semuanya sebagai hiburan semata-mata.

Saya tak rasa terganggu pun dengan kutukan. Jangan risau, saya sangat terhibur sebab anda semua masih ambil tahu fasal saya sedangkan saya tak kisah mengenai hal lalu.

Tegasnya, tidak perlu bergaduh di ruang komen kerana semuanya sudah pun berlalu.

Masih dituduh perosak rumah tangga orang?

Ira Kazar

Sesi siaran langsung itu menjadi panas apabila beberapa pengguna media sosial menuduh Ira sebagai punca keruntuhan rumah tangga Syamsul dan bekas isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Susulan itu, pertengkaran antara netizen tercetus dan Ira terpaksa bersuara bagi menenangkan keadaan.

Sejarah perkahwinan Ira dan Syamsul

Untuk rekod, Ira dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand sebelum disahkan bercerai pada 5 September 2023 menerusi lafaz taklik.

Sebelum itu, Syamsul menceraikan Puteri Sarah pada 14 Jun 2023, menjadikan kisah mereka antara paling hangat diperkatakan di media hiburan.

#ApaKataOhmedia

Setiap orang punya masa lalu. Jangan terus hukum seseorang atas kesilapan yang telah berlalu. Fokus pada kebaikan hari ini dan masa depan yang lebih tenang.

Ira Kazar

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo | Oh Bulan


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas