Connect with us

Oh! Media

“Saya Dah Korbankan Masa Dan Tenaga”- Pelukis Mural Rusia Kecewa Lukisan Dipadam Tanpa Penjelasan

Ohmedia ateyn Featured Image 11

Trending

“Saya Dah Korbankan Masa Dan Tenaga”- Pelukis Mural Rusia Kecewa Lukisan Dipadam Tanpa Penjelasan

Zaman sekarang lukisan di dinding atau mural sudah menjadi satu tempat tarikan remaja untuk bergambar.

BACA : ‘Geruh Tak Mencium Bau’, PETRON Selit Mesej ‘Penting’ Melalui Mural Peribahasa Di Stesen Minyak Terpilih Kerjasama Anak Seni Tempatan

Di negara kita terdapat banyak mural yang dihasilakan, tapi boleh dikatakan ramai yang tidak tahu tentang orang disebalik lukisan mural itu.

IKLAN
Julia

Terbaru seorang pelukis mural yang berasal dari Rusia Julia Volchkova, meluahkan rasa kecewa selepas lukisan mural yang dihasilkan di sebuah bangunan Kuala Lumpur telah dipadam oleh pihak tertentu tanpa memberikan penjelasan.

Menerusi kapsyen di Instagram, Julia mengatakan dia sedih kerana dia menganggap semua karya yang dihasilkan adalah sebahagian dari dirinya.

Semua orang bertanya kepada saya kenapa mereka memadam mural itu, saya juga tidak tahu kenapa, dan saya berharap sesiapa yang tahu alasannya tolong beritahu kepada saya, katanya di ruangan kapsyen.

Julia berkata dia telah menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk melukis mural itu, dia juga menghadapi masalah kesihatan selepas melakukan kerja yang berat.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan mereka, ada yang memuji hasil kerja Julia ada juga yang mempersoalkan adakah Julia mendapatkan kebenaran untuk melukis di bangunan itu.

Komen
Komen
Ohmedia ateyn Featured Image 11

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas