Connect with us

Oh! Media

‘Geruh Tak Mencium Bau’, PETRON Selit Mesej ‘Penting’ Melalui Mural Peribahasa Di Stesen Minyak Terpilih Kerjasama Anak Seni Tempatan

Branded

‘Geruh Tak Mencium Bau’, PETRON Selit Mesej ‘Penting’ Melalui Mural Peribahasa Di Stesen Minyak Terpilih Kerjasama Anak Seni Tempatan

Stesen pam minyak menjadi salah satu tempat ‘wajib’ singgah apabila terdapat sebarang keperluan dan kerosakan yang berlaku ketika berada di atas jalan raya.

Namun, sesetengah stesen adakalanya terasa sunyi dan suram membuatkan pengguna jalan raya takut untuk berhenti untuk meminta bantuan mahupun singgah untuk ke tandas. “Jangan singgah stesen minyak ni.. Nampak macam tak ramai orang je..” setengah pengguna beranggapan sedemikian jika keadaan persekitaran sunyi. 

Baru-baru ini, PETRON Malaysia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Art Battalion , syarikat pelukis mural profesional bagi projek terbarunya iaitu Go-To-Safety-Point (GTSP). Projek ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan keselamatan di jalan raya dan juga di stesen minyak sebagai tempat mendapatkan bantuan awal kecemasan.

Inovasi stesen  PETRON sebagai tempat yang lebih selamat

Tidak dinafikan, bila dah menjadi pengguna jalan raya, mesti korang kena bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan masalah yang bakal korang hadapi. Contohnya macam kehabisan minyak, kereta rosak ataupun kes yang melibatkan unsur jenayah.

Sebut tentang tempat yang selamat mesti terlintas dalam fikiran korang mesti balai polis kan? Tapi, kalau dalam keadaan tergesa-gesa, memang tak sempat! 

Jangan risau!

Sekarang, korang boleh terus  ke stesen PETRON* berdekatan untuk dapatkan bantuan awal kerana stesen Petron mempunyai GO-TO-SAFETY-POINT (GTSP)

Di GTSP korang boleh dapatkan  bantuan daripada pegawai polis atau staf yang bertugas di stesen PETRON terpilih jika berlaku sebarang kecemasan atau korang perlu berlindung dari keadaan bahaya. 

Macam ni barulah rasa lebih selamat dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan risiko daripada berlaku jenayah.

Buat korang yang sering memandu dalam jangka masa yang lama atau pulang ke kampung mesti kadang-kadang terasa penat dan mengantuk kan? Korang boleh berhenti dan rehat seketika di stesen PETRON yang berdekatan. Sambil tu, boleh lah korang singgah ke kedai serbaneka Treats untuk beli kudap-kudapan dan minuman. Baru rasa fresh!

Transformasi imej stesen PETRON kepada lebih kreatif

Kalau sebelum ni, mesti korang tengok kebanyakkan imej stesen minyak seakan sama dan kelihatan kelam kan? Haa, kali ini, PETRON bekerjasama dengan Art Battalion bagi mengubah imej stesen PETRON dengan gaya yang lebih kreatif!

Terdapat 10 stesen PETRON yang terpilih dengan pelbagai jenis lukisan mural! Lebih lagi, setiap stesen PETRON yang terpilih mempunyai hasil lukisan mural yang berbeza!

Kalau korang nak tahu, setiap lukisan mural ini dihasilkan oleh anak seni tempatan seperti Yaul Acap, Celine & Oscar, Mat Only dan ramai lagi! Mereka telah dibahagikan mengikut stesen minyak yang terpilih untuk menghasilkan hasil seni mereka yang tersendiri. Lepas ni, stesen minyak PETRON akan lebih meriah dan berwarna-warni!

Secara tidak langsung, projek ini memberi peluang kepada para pengguna jalan raya untuk menyaksikan hasil seni daripada karyawan lokal. Siapa tahu, mungkin para pelancong akan melihat dan menjalankan projek bersama anak seni tempatan? Syoknya!

Keunikan Penggunaan Peribahasa, Selit Mesej Buat Pengguna Jalan Raya

Apa yang lebih menarik, lukisan mural ini bukan sekadar lukisan biasa tau! Tetapi ia diberikan sedikit kelainan dengan elemen penggunaan peribahasa yang mempunyai maksud yang tersirat dalam masa yang sama dapat menjadi tarikan pengguna jalan raya.

Siapa sangka, peribahasa pun boleh digunakan sebagai penguat mesej kepada pengguna jalan raya.Memang unik! Salah satunya ialah bagai aur dengan tebing yang membawa maksud tolong-menolong di antara satu sama lain.

Sebenarnya, ia memberi kesedaran bahawa setiap penunggang dan pembonceng motorsikal harus sentiasa peka dengan keadaan persekitaran serta saling bantu-membantu mereka yang memerlukan. Walaupun ianya kelihatan umum, namun pesanannya terus sampai ke hati!

Selain dari menyampaikan mesej terhadap pengguna jalan raya, penggunaan peribahasa yang dibawakan oleh PETRON bertujuan untuk memperkasakan bahasa melayu dikalangan generasi baru.

Kalau korang perasan, peribahasa yang digunakan pada lukisan mural ini selalu korang dengar kan? Tetapi, tidak semua tempat yang membawa idea kreatif dengan penggunaan peribahasa ni. So, Ohmedia memang puji dengan kelainan yang dibawakan oleh PETRON serta karyawan lokal dalam projek GTSP ni!

Lukisan mural ini berada di 10 stesen PERON terpilih iaitu PETRON Sungai Besi (East), PETRON Taman Tun Dr Ismail (TTDI), PETRON Kuchai Lama, PETRON Jalan Maarof (KL), PETRON MRR2 (Selayang) dan banyak lagi!

Takkan korang nak tengok dalam gambar je kan? Jom singgah ke 10 stesen PETRON terpilih berhampiran korang dan saksikan sendiri keindahan lukisan mural hasil anak seni tempatan! 

Jangan lupa, juga untuk check GTSP di Petron berhampiran korang sebagai langkah berjaga-jaga kerana malang kan tak berbau. 

Klik SINI untuk melihat 10 stesen PETRON yang terpilih. Bagi mengetahui tentang promosi, servis dan info berkaitan PETRON, layari PETRON  Malaysia dan Ikuti akaun Facebook PETRON untuk maklumat lanjut.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas