Connect with us

Oh! Media

Jho Low Lelong Lukisan Seakan Bendera Perlis Pada Harga RM125 Juta

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 26t154211536

Trending

Jho Low Lelong Lukisan Seakan Bendera Perlis Pada Harga RM125 Juta

Baru-baru ini tular satu lukisan milik Jho Low yang akan dilelong pada harga RM125 juta.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila lukisan tersebut hanya diwarnakan dengan cat kuning dan biru, seakan-akan seperti bendera negeri Perlis.

Menerusi laporan di Instagram mgagmy, difahamkan karya tersebut diciptakan oleh artis abstrak terkenal iaitu Mark Rothko yang berjudul ‘Tanpa Tajuk (Kuning dan Biru)’.

IKLAN
Large thumb a016

Karya tersebut mempunyai sejarah apabila pernah dimiliki oleh dermawan Amerika, Paul dan Bunny Mellon yang membelinya daripada Mark Rothko sebelum pelukis tersebut membunuh diri pada tahun 1970.

Lukisan itu seterusnya dibeli dengan harga USD46.45 juta (kira-kira RM193 juta) pada tahun 2015 oleh mogul mewah Perancis, François Pinault dan bilionaire Azerbaijan-Rusia, Farkhad Akhmedov.

Screenshot 2024 09 26 153856

Low kehilangan pemilikan lukisan tersebut selepas menggunakannya sebagai cagaran untuk pinjaman. Namun karya ini akan dilelong tidak lama lagi pada harga antara USD30 juta dan USD45 juta (RM125 juta hingga RM187 juta).

Berita tentang karya ini mendapat perhatian ramai kerana mereka membandingkan karya tersebut dengan bendera Perlis.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 26t154211536

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mgagmy


Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas