Connect with us

Oh! Media

“Saya Dah Fikir Masak-Masak, Inilah Saya” – Elyana Akui Sudah Tak Berhijab

Oh! Artis

“Saya Dah Fikir Masak-Masak, Inilah Saya” – Elyana Akui Sudah Tak Berhijab

Baru-baru ini kecoh dengan satu hantaran dimuat naik penyanyi, Elyana yang memaparkan imej tidak berhijab menerusi Instagramnya.

ADVERTISEMENT

BACA: “I Give Up, Betul-Betul Give Up” – Elyana Akui Tertekan Dengan Netizen

Tindakan Elyana memuat naik gambar tersebut menjadi buah mulut netizen yang mempersoalkan imej terbaru penyanyi yang baru sahaja pulih dari penyakit kanser itu.

Akui sudah tidak berhijab

Terbaru, penyanyi lagu Kalis Rindu itu mengakui bahawa dia kini sudah tidak lagi mengenakan imej bertudung.

Utusan Malaysia melaporkan bahawa keputusan itu dibuat selepas Elyana sudah berfikir semasak-masaknya serta mengharapkan orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Saya sudah fikir semasak-masaknya. Inilah saya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan selama ini. Jika anda masih lagi mahu mendoakan saya, saya harap doa yang baik itu berbalik kepada anda.

Baik buruknya, saya yang akan tanggung. Jika anda boleh terima diri saya, Alhamdulillah. Jika tak boleh, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana inilah saya.

Dalam pada itu, Elyana turut memberitahu bahawa dia hanya akan mengendahkan sahaja kecaman dilontarkan warganet terhadapnya kerana mereka tidak pernah memahami serta akan sentiasa memandang negatif terhadap setiap apa yang dibuatnya.

Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka (netizen) tidak ingin penjelasan daripada saya. Selagi saya menjelaskan, selagi itu macam-macam cerita tidak masuk akal yang akan timbul.

Jadi, demi menjaga tatasusila, jiwa, persekitaran saya, saya mengambil keputusan untuk tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang langsung tidak mahu memahami.

Penyanyi berusia 35 tahun itu juga menyatakan dia sudah penat untuk menjaga hati orang lain dan hanya akan fokus terhadap perasaan dan jiwanya sendiri ketika ini.

Dalam hidup saya tidak pernah rasa penyesalan. Cuma apa yang boleh saya katakan, setiap hari saya impikan kehidupan yang baik untuk jiwa saya.

Sebelum ini saya hanya mementingkan jiwa dan hati orang sehinggakan saya terlupa tentang diri saya. Jadi, sekarang ini saya akan buat apa yang saya terfikir nak buat.

Elyana sebelum ini menerima kecaman teruk daripada warganet gara-gara memuat naik foto tidak berhijab di Instagram.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas