Connect with us

Oh! Media

“Saya Cakap Pada Isteri, Saya Perlu Bantu Malaysia” – Faisal Halim Tak Kisah Korban Cuti, Semangat Wakili Harimau Malaya

Trending

“Saya Cakap Pada Isteri, Saya Perlu Bantu Malaysia” – Faisal Halim Tak Kisah Korban Cuti, Semangat Wakili Harimau Malaya

Kecoh di media sosial mengenai kenyataan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-Gon yang ternyata terkejut selepas seramai 12 pemain menolak untuk mewakili skuad kebangsaan bagi kempen Piala AFF Mitsubishi Elektrik 2022.

ADVERTISEMENT

BACA: “Pakai Barang Orang Tapi Tiada Sikap Timbang Rasa” – TMJ Tempelak Kim Pan-Gon

Menurutnya, ini merupakan kali pertama dia berdepan dengan situasi seperti ini sepanjang kariernya sebagai seorang jurulatih skuad bola sepak antarabangsa.

Namun begitu, kenyataan Kim Pan-Gon itu ditempelak pemilik kelab bola sepak JDT, Tunku Ismail Idris atau lebih mesra disapa TMJ yang berpendapat bahawa pemain bola sepak juga manusia yang memerlukan cuti dan rehat.

Faisal Halim korban cuti bersama keluarga, semangat wakili Harimau Malaya

Sungguhpun begitu, lain pula pendapat pemain, Faisal Halim yang ternyata bersemangat selepas namanya dipanggil Kim Pan-Gon untuk mewakili skuad kebangsaan.

Menurut Faisal yang ditemu bual wartawan sewaktu sesi latihan bersama skuad Harimau Malaya, dia memaklumkan bahawa rata-rata pemain yang dipanggil mewakili Malaysia juga begitu bersemangat meskipun terdapat berita yang kurang enak melanda skuad kebangsaan ketika ini.

Terlalu awal untuk mengatakan apa-apa yang lebih (mengenai perkara ini). Saya dapat lihat semua pemain bersemangat, semua mengambil tanggungjawab untuk berjuang demi nama Malaysia yang besar.

Tambah Faisal lagi, dia terus bersetuju untuk mewakili Malaysia selepas dihubungi Kim Pan-Gon meskipun terpaksa mengorbankan waktu cutinya bersama ahli keluarga.

Apabila coach Kim hubungi saya lebih awal, saya beri keputusan untuk bantu Malaysia. Saya terus maklumkan kepada wife saya, family saya yang saya perlu bantu Malaysia. Lepas ni balik (selesai tugas) baru kita pergi bercuti.

Untuk info, Faisal Halim dan Brendan Gan juga dilantik Kim Pan-Gon bersama-sama Safawi Rasid dan Dion Cools sebagai kapten pasukan buat Harimau Malaya sepanjang kempen Piala AFF Suzuki nanti.

Kredit: Instagram TMJ | YouTube Harimau Malaya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas