Connect with us

Oh! Media

“Saya Bukan Berurusan Dengan Isteri Dia” – Penganjur Konsert Kata Maruah Tercalar, Anggap Zamani Abang

Trending

“Saya Bukan Berurusan Dengan Isteri Dia” – Penganjur Konsert Kata Maruah Tercalar, Anggap Zamani Abang

Semalam kecoh diperkatakan apabila isteri Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani mendakwa suaminya tak dapat bayaran daripada konsert Doa Buat Zamani.

ADVERTISEMENT

Juliana meluahkan rasa kecewa apabila ada yang sanggup buat suaminya seperti itu.

BACA: “Sampai Sekarang Dia Percaya Korang Kawan Dia” – Isteri Dakwa Zamani Tak Dapat Duit Konsert

Dalam sidang media hari ini, Aalan Ahmad selaku penganjur berkata dakwaan yang dibuat isteri Zamani telah mencalarkan maruahnya.

“Untung RM4,000, tergamak ke saya nak ambil?”

Dia meminta maaf kepada Zamani kerana terpaksa panjangkan isu demi maruah dirinya. Katanya lagi, dia dah cuba hubungi Zamani selama tiga hari tapi tak ada respon.

Saya buat konsert untuk Zamani bukan untuk saya. Kalau dapat untung RM4,000, tergamakkah saya nak ambil? Pastinya saya akan bagi pada dia. Konsert untuk Zamani bukan saya.

Tambah Aalan lagi, pada mulanya ada pihak nak biayai konsert tapi selepas perbincangan, Zamani kata mahu buat sendiri dan kos dikeluarkan sendiri.

Tiket konsert tak laku

Saya cuba cari penaja tapi susah nak dapat penaja dalam keadaan sekarang. Saya cuba mohon dana kreatif tapi ditolak.

Meluahkan rasa kecewa, Aalan berkata dia sudah kenal penyanyi ini sejak umur 17 tahun dan isu dalaman sepatutnya diselesaikan tanpa melibatkan umum.

Saya bukan berurusan dengan isteri dia. Saya dah kenal Zamani lama dan anggap macam abang. Mana kawan-kawan untuk bantu dia? Maruah saya dah tercalar.

Saya cuba dari tak cuba langsung. Siapa nak tolong dia lepas pembedahan?

Disebabkan tak ada pengalaman anjur konsert, pihaknya meminta bantuan  syarikat Ecolane Ventures.

Kata Aalan lagi, dia tak mahu sebarkan isu tiket kerana akan memalukan Zamani dan beri kesan besar kepadanya jika heboh tiket tak laku.

Tiket sememangnya tak jual namun dibantu dengan pembelian tiket Tuanku Permaisuri Selangor.

Memandangkan rakaman dibuat untuk program TV, pihaknya perlu memenuhkan lokasi dengan menjemput peminat, bagi tiket pada polis, tentera dan stesen radio.

Saya beritahu mesti penuhkan tempat itu. Nak nampak cantik. Saya buat untuk dia dan dia setuju.

Keuntungan akan ada apabila program ini dibeli oleh stesen TV. Isterinya tak faham.

Jelasnya lagi, penganjuran konsert makan kos sekitar RM200,000. Pembahagian keuntungan dikira 70% Zamani dan 30% untuknya. Konsert anjuran Indera Entertainment yang juga miliknya bersama Zamani.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas