Connect with us

Oh! Media

“Sampai Sekarang Dia Percaya Korang Kawan Dia” – Isteri Dakwa Zamani Tak Dapat Duit Konsert

Oh! Artis

“Sampai Sekarang Dia Percaya Korang Kawan Dia” – Isteri Dakwa Zamani Tak Dapat Duit Konsert

Isteri kepada penyanyi terkenal Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani mengundang persoalan ramai apabila memuat naik status WhatsApp mendakwa suaminya tak dapat bayaran ketika Konsert Doa Buat Zamani.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, Juliana dikatakan memuat naik gambar ketika suaminya menjayakan konsert itu. Juliana mempersoalkan mengapa ‘individu’ tersebut sanggup buat Zamani begitu.

“Apa dosa dia?” – isteri

Aku ni hanya ada dia je dalam hidup aku tau, apa dosa dia sampai korang tergamak buat dia macam tu. Sampai sekarang dia masih percaya korang kawan dia.

Kata Juliana lagi, keadaan Zamani kini kurang sihat dan down. Dia perlu berehat buat masa ini memandangkan pembedahan tulang belakangnya akan dibuat minggu depan.

Lagi seminggu nak operate ni. Apa niat baru nak bagitahu benda ni semalam. Memang dia tengah down sekarang. Korang happy kan?

Kalau dia decide putus harapan untuk hidup atau apa-apa jadi kat dia nanti lepas operation, sumpah aku cari korang sampai lubang cacing la se**n…cctv semua ade.

Dakwa Juliana lagi, Zamani tak dapat satu sen pun bayaran dan dia sebagai pengurus tak akan berdiam diri.

Untung hanya RM4,000 – Aalan

Foto: murai.my

Penganjur Indera Entertaiment, Aalan Ahmad, ketika dihubungi berkata, dia tak faham kenapa perkara ini berbangkit sedangkan dia dah selesaikan isu ini dengan Zamani cara baik.

Dia juga dah jelaskan kepada Zamani bahawa tiket konsert memang tak laris dijual. Pihaknya memenuhkan tempat duduk dengan penonton iaitu ahli kelab peminat supaya keadaan nampak cantik.

Saya terkejut apabila Julie menghantar WhatsApp kepada seseorang mendakwa saya menipu duit show suaminya dan mengakui tidak menerima bayaran satu sen pun.

Aalan turut mengajak Zamani ke ejen jualan tiket iaitu mytickets.asia minggu ini untuk tahu berapa jumlah tiket terjual.

Foto: Harian Metro

Katanya dia dah menyelesaikan semua bayaran berkaitan dan untung hanya lebih RM4,000 je. Menurut Aalan lagi, sebelum berpisah dia dan Zamani bersalaman dan berpeluk. Zamani kata dia nak selesaikan pembedahan dan mula kerja semula.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

Ke Atas