Connect with us

Oh! Media

“Saya Baru Masuk Bilik Air Buk..” – Anak Autisme Panjat Balkoni Untuk Pergi Ke Rumah Jiran

Autisme

Oh! Tidak

“Saya Baru Masuk Bilik Air Buk..” – Anak Autisme Panjat Balkoni Untuk Pergi Ke Rumah Jiran

Tular di TikTok tentang seorang remaja autisme melakukan tindakan yang membahayakan diri kerana difahamkan mahu ke rumah jiran. Betul orang kata, jaga anak syurga ni kita tak boleh lalai sekejap pun, ada je yang akan jadi.

BACA: Seminggu Beraya Di Kampung, Ibu Kesal Anak Autisme ADHD Selalu Kena Marah Dan Kena Jeling

Menerusi video tular itu, Puan Sarah, ibu kepada remaja autisme itu menceritakan detik cemas apabila anaknya memanjat balkoni rumah dan berjalan ke rumah jiran.

IKLAN

Dia juga menjelaskan ketika itu pembantu rumahnya terkejut selepas terdengar bunyi pintu dibuka ketika menjaga remaja austisme yang dikenali sebagai Caliph.

Saya baru masuk bilik air Buk, dia dah keluar dan panjat.

Tanpa berfikir panjang bibik menjelaskan dia terus pergi ke arah balkoni rumah bertingkat itu dan terkejut melihat Caliph sudah melepasi besi penghadang.

Bagaimnapun, tiada sebarang kejadian buruk berlaku kepada Caliph dan sangat bersyukur kepada Allah.

Terima kasih kepada yang prihatin…

Selepas video itu tular, wanita itu juga dilihat memohon maaf kepada jirannya atas kejadian yang mengejutkan ini.

Mohon maaf

Nasib takde apa-apa yang jadi pada Caliph. Tu baru je sekejap tinggalkan tapi apapun semoga dia sentiasa di bawah lindungan Allah.

Kredit: TikTok @sarahnursuhaimi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas