Connect with us

Oh! Media

“Saya Ada Kaki Lagi Ke?” – Pelajar Terperangkap Di Bonet Bas Dan Kaki Terseret Selama 5 Minit

Pelajar Uitm

Oh! Tidak

“Saya Ada Kaki Lagi Ke?” – Pelajar Terperangkap Di Bonet Bas Dan Kaki Terseret Selama 5 Minit

Kes pemandu bas biadap dengan penumpang bukanlah perkara baru. Kali ini, seorang lagi penumpang mendedahkan pengalaman buruk dengan pemandu bas macam ni. Apa kes pula ni?

BACA: Tangan Dan Kaki Diikat, Lelaki OKU Bisu Maut Dalam Kejadian Samun Bersenjata

Dalam kejadian itu, seorang penumpang telah terperangkap dengan kaki terlunjur ke luar di bonet bas yang dinaiki.

IKLAN

Lebih mengerikan, kakinya juga terseret selama 5 minit dan jeritannya tidak didengari oleh pemandu bas.

Bas ni malam tu turun Terminal 17 dulu kemudian dia on the way pergi Klang. Malam tu saya tak leh tidur fikir agaknya kalau sampai Klang dia tak perasan saya, rasanya saya ada kaki lagi ke.

Pelajar yang dikenali sebagai Nurul Shafiyyah itu menyatakan dia juga sempat menelefon ibu bapanya untuk memberitahu kejadian itu dan akhirnya pemandu bas itu pun berhenti.

Then marah-marah kenapa saya tak suruh dia ambik beg saya.

Bas terperangkap

Dia yang masih terkejut dengan insiden itu hanya menangis dan tidak melawan ketika dimarahi oleh pemandu bas itu.

Walaupun pelajar itu telah membuat laporan polis, dia meminta pendapat orang ramai adakah dia boleh menuntut insurans atau tindakan lanjut yang boleh dilakukan.

Nasib baik dia sempat telefon ibu bapa untuk minta bantuan. Kalau lama lagi, agaknya lagi teruk luka tu. Semoga Shafiyyah diberikan kesembuhan seperti biasa.

Kredit: X @shafiyyah_nurul

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas