
Trending
Up Status Sedih, Abang Viva Undang Tanda Tanya
Oleh
Abang Viva, sukarelawan terkenal dengan misi banjir mengundang perhatian ramai apabila memuat naik status sedih di TikTok.
Menerusi beberapa perkongsian, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar berterima kasih kepada individu yang dikatakan telah ‘berjaya’ memporak perandakan rumah tangganya.
@abangvivaofficial nothing 2 say.. just tq sooo much..
♬ Sengengam Setia – Widyjava
Dalam hantaran lain, Abang Viva turut menyertakan beberapa keping gambar throwback ketika baru berkenalan dengan isteri dan ketika baru berkahwin.
Tulis Abang Viva, dia meminta maaf andai ada tersalah kata dan bicara. Dia berharap mereka bahagia selama-lamanya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat mereka. Tak kurang juga yang bermulut lancang bertanya adakah mereka sudah berpisah, ini jawapan Abang Viva.
Kredit: Abang Viva Official
