Oh! Artis
Sarah Yasmine Yakin Aliff Aziz Akan Berubah Sebab Rajin Solat
Pendedahan yang dilakukan Sarah Yasmine selama ini adalah untuk membersihkan nama kekasih gelapnya, Aliff Aziz kerana orang hanya menghentam Aliff.
Memetik laporan Kosmo! Online, Sarah berkata dia yakin Aliff akan berubah menjadi lebih baik kerana rajin solat.
Sarah juga berkata Aliff berkelakuan begitu kerana mentalnya terganggu dengan banyak perkara.
Dia okey cuma ada benda yang tidak kena sampai mengakibatkan mentalnya menjadi kurang stabil.
Saya juga bukan sejenis orang yang suka jatuh hukum lebih-lebih lagi apabila hanya dia seorang sahaja dipersalahkan dalam isu khalwat, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Sarah turut mengakui dia masih sayangkan hubungannya dengan Aliff walaupun pelakon itu sudah mempunyai isteri, Bella Astillah.
Apabila bercakap melibatkan perasaan, memang ada lagi. Bukan satu hari cinta terus hilang. Jujur ada lagi, saya pun pernah beritahu Bella mengenai perasaan saya.

Kredit: Kosmo! Online
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM