Connect with us

Oh! Media

Samsung Perkenalkan Galaxy Z Flip 4, Harga Bermula RM4099

Galaxyzflip4

Oh! Geekz

Samsung Perkenalkan Galaxy Z Flip 4, Harga Bermula RM4099

Korang jenis yang sukakan kelainan dan benda yang lain daripada yang lain? Ada berita baik tau untuk korang.

BACA: #REVIEW Tanpa Kepala Pengecas, Samsung Galaxy A53 5G Dipertingkat Dengan Fungsi Lebih Hebat!

Peranti terkenal dunia Samsung baru sahaja melancarkan variasi peranti kelas premium terbaharu iaitu Galaxy Z Flip4 tau.

IKLAN
1e5948d0 180e 11ed aeff dcf8e73394c9cf

Samsung Galaxy Z FLip 4 ini dikuasakan dengan cip pemprosesan daripada Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 bersama tetapan RAM 8GB dengan pilihan storan sehingga 512GB tau.

Bukan itu sahaja, peranti ini juga dilengkapi dengan dua lensa kamera iaitu 12MP+12MP manakala lensa swafoto adalah 10MP.

Dengan bersaiz 6.7 inci untuk bukaan penuh manakala skrin luar sebesar 1.9 inci, peranti ini dilihat begitu selesa dan sesuai untuk dibawa penggunanya ke mana-mana.

Lebih menarik, terdapat empat warna menarik ditawarkan bagi peranti ini, iaitu Graphite, Pink Gold, Blue dan Bora Purple.

Dalam pada itu, Samsung turut memperkenalkan satu lagi peranti premium iaitu Samsung Galaxy Z Fold 4 dengan harga bermula dari RM6,799 sehingga RM8,299.

Bermula dengan harga RM4,099, anda boleh membuat tempahan awal bagi peranti Samsung Z Flip 4 di laman web Samsung Malaysia bermula daripada 10 Ogos hingga 1 September.

Bukan itu sahaja, pengguna yang membuat tempahan awal juga akan menerima baucar bernilai RM450, kerangka pelindung Flap Leather serta perlindungan Samsung Care+ untuk satu tahun.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas