Connect with us

Oh! Media

#REVIEW Tanpa Kepala Pengecas, Samsung Galaxy A53 5G Dipertingkat Dengan Fungsi Lebih Hebat!

Siri A 2022

Oh! Tech

#REVIEW Tanpa Kepala Pengecas, Samsung Galaxy A53 5G Dipertingkat Dengan Fungsi Lebih Hebat!

Siri pertengahan Samsung Siri Galaxy A yang dinanti, kini kembali. Tapi buat pertama kali, Siri A tidak didatangkan dengan kepala pengecas seperti siri yang sebelumnya.

ADVERTISEMENT

Okaylah kali ni kami nak share sikitlah apa yang menarik tentang salah satu model Siri A iaitu Galaxy A53 5G. Model latest ni dikatakan memiliki pemproses serba baru, kamera AI khas Galaxy, paparan yang lebih luas dan memiliki ketahanan bateri selama dua hari! Siapa tak nak kan?!

Kamera OIS 64MP dengan teknologi VDIS

Haa, Samsung Galaxy A53 5G ni kalau korang dapat, memang tak tengok phone lain lagi dah. Kalau korang suka ambil gambar, ini merupakan pilihan terbaik untuk korang sebab ia menampilkan Kamera OIS 64MP dengan teknologi VDIS yang bila korang ambil gambar, confirm akan mantap dan high resolution!

Dengan adanya kamera berkuasa AI inovatif Galaxy A ni, bila ambil gambar waktu malam pun akan cantik dan jelas je sebab memiliki Mod ‘Improved Night’ yang akan mensintesis sehingga 12 imej dengan serentak secara automatik!

Kualiti rakaman video dalam suasana pencahayaan malap juga akan dipertingkatkan dengan kadar bingkai siri Galaxy A yang terbaharu ini dan secara automatik, korang dapat menghasilkan video yang lebih terang dan jelas.

Menggunakan cip pemproses Exynos 1280 ia hadir dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Macam ni nak save lebih banyak video dan main game online pun tak perlu risau storan penuh atau lagging.

Samsung Galaxy A53 5G 256GB Blue Specifications | Samsung MY

Boleh digunakan walau dimana jua berada

Bukan tu je, biasanya kalau korang dekat tengah panas, mesti susah nak tengok screen phone kan? Haa dengan Samsung Galaxy A53 5G ni, dah tak payah risau sebab korang akan dapat tengok skrin phone korang dengan jelas sebab ia hadir dengan ‘algoritma pintar’ yang protect skrin phone walau dimana jua korang berada, tak kira panas terik ke tak!

Dah lah ketahanan bateri selama dua hari (5,000 mAh), design Samsung Galaxy A53 ni pun kalau korang tengok, memang padu sangat! Ia terbina dengan ‘Corning Gorilla Glass 5 dan ciri IP67’ yang kalis air dan habuk, jadi korang tak perlu nak risau sebab phone ni memang confirm tahan lasak!

Samsung Galaxy A53 5G review - The Verge

Samsung Galaxy A53 5G ini juga menawarkan fungsi ketersambungan tanpa jeda dengan peranti lain dalam siri Galaxy. Jadi, teknologi Audio 360 yang ada pada telefon pintar ini juga dapat menghasilkan bunyi 3D yang memuaskan apabila korang sambungkan dengan siri Galaxy Bud!

Korang hanya perlu menghidupkan Link to Windows yang menyambungkan siri Galaxy A baru kepada PC Windows untuk copy and paste sebarang kandungan, transfer data dan juga menjawab panggilan telefon ataupun berbalas teks.

Samsung Galaxy A53 5G 256GB Blue Specifications | Samsung MY

Maklumat peribadi dijamin selamat

Memang sangat berbaloi kalau korang dapatkan Samsung Galaxy A53 5G ni sebab maklumat dalam phone akan dilindungi oleh platform keselamatan ‘Samsung Knox’.

Maklumat peribadi korang yang ada dalam phone akan terus dilindungi dan korang je yang dapat akses kepada semua maklumat kerana Samsung Galaxy A53 5G ni memiliki ciri ‘Private Share dan Secure Folder.’

Samsung Galaxy A53 5G 256GB Blue Specifications | Samsung MY

So, apa tunggu lagi? Harga yang ditawarkan pun sangat berbaloi dengan hanya RM1,849 je korang boleh dapatkan Samsung Galaxy A53 5G ni.

Banyak kelebihan dan kemudahan yang korang boleh dapat dengan keluaran terbaru Galaxy A ni. Kalau nak tahu info lanjut, layari je laman web Samsung atau pergi ke mana-mana cawangan Samsung yang berdekatan dengan korang okay!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas