Connect with us

Oh! Media

“Salah Brek Juga Ke?” – Peguam Bidas Pemandu Bas UPSI, Dedah 6 Bukti Kukuh Kecuaian!

Ohmedia mahmud Jumaat 2

Trending

“Salah Brek Juga Ke?” – Peguam Bidas Pemandu Bas UPSI, Dedah 6 Bukti Kukuh Kecuaian!

Peguam Mahmud Jumaat bongkar enam bukti kecuaian pemandu bas yang didakwa menyebabkan kemalangan maut baru-baru ini.

Kes kemalangan bas yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini terus menjadi perhatian.

BACA: Peguam Desak Siasatan Jenayah Dan Tuntutan Sivil Ke Atas Pemandu Bas Dalam Tragedi UPSI

Lebih memburukkan keadaan apabila pemandu bas mendakwa masalah teknikal termasuk brek tiba-tiba gagal berfungsi menjadi punca kemalangan tersebut.

IKLAN

6 bukti kukuh yang tak boleh disangkal?

Pemandu

Terkini, peguam Mahmud Jumaat tampil dengan satu hantaran panas di Facebook miliknya yang ‘menyentap’ banyak pihak.

Dalam tulisannya, Mahmud menegaskan bahawa isu utama bukanlah brek bas, sebaliknya kecuaian pemandu yang sepatutnya dipertanggungjawabkan.

Saya cadangkan pemandu bas untuk hentikan daripada memberi sebarang kenyataan kalau kau taknak kene maki.

Beliau turut menimbulkan enam persoalan besar yang sepatutnya dijawab oleh pemandu bas. Antara yang dibangkitkan adalah mengenai bukti rakaman dashcam, bas didakwa dipandu laju sejak 12 malam dan rayuan penumpang yang tidak diendahkan.

Selain itu, peguam ini mempersoalkan juga mengenai laporan 18 rekod kesalahan trafik yang disabitkan dengan pemandu bas berkenaan.

“Kau tahu tak yang kau bawa tu anak orang?”

Bas Upsi Laju

Mahmud meluahkan kekecewaannya terhadap sikap tidak bertanggungjawab pemandu yang seolah-olah memperjudikan nyawa anak-anak orang.

Mahmud juga menyelar komen seorang cikgu yang mengatakan arwah tidak mati syahid kerana masih ada hutang PTPTN.

Isu ini turut mendapat perhatian ramai yang mempersoalkan kepekaan dan empati sesetengah pihak.

Perkongsian penuh peguam:

Pssttt! Siasatan masih berjalan, tapi rakyat berhak tahu kebenaran. Dan kalau semua bukti yang dinyatakan peguam ini benar, memang tak boleh nak ‘cover line’ lagi dah.

Kredit: Facebook Mahmud Jumaat
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas