Connect with us

Oh! Media

Peguam Desak Siasatan Jenayah Dan Tuntutan Sivil Ke Atas Pemandu Bas Dalam Tragedi UPSI

Ohmedia mahmud Jumaat

Trending

Peguam Desak Siasatan Jenayah Dan Tuntutan Sivil Ke Atas Pemandu Bas Dalam Tragedi UPSI

Peguam, Mahmud Jumaat menjelaskan dua tindakan boleh diambil terhadap pemandu dan syarikat bas.

Tragedi kemalangan bas membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik yang mengorbankan 15 nyawa meruntun jiwa orang ramai.

BACA: Pemandu Bas Kemalangan Ngeri UPSI Masih Dirawat, Polis Tunggu Keluar Hospital Sebelum Tahan

Terbaharu, peguam Mahmud Jumaat tampil bersuara dan menuntut siasatan menyeluruh dilakukan, bukan sahaja secara jenayah, malah melalui tindakan sivil terhadap pihak terlibat.

IKLAN

Mahmud Jumaat jelaskan tindakan terhadap pemandu, syarikat bas

Menerusi satu hantaran di Facebook, Mahmud meluahkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa dan menyifatkan kejadian itu sangat menyayat hati.

Apatah lagi apabila rakaman dashcam kejadian mula tersebar dan menunjukkan detik-detik akhir sebelum bas terbabit merempuh belakang sebuah MPV.

Pemandu utama dikatakan patah tangan dan pemandu gantian dikatakan kritikal. Namun, terdapatnya mangsa yang memberi keterangan bahawa pemandu tersebut memandu dalam keadaan yang laju sebelum berlakunya kemalangan.

Saran ambil dua tindakan undang-undang sekaligus

Bas
Kredit Malaysia Gazette

Mahmud menggesa agar siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika terbukti berlaku kecuaian pemandu, di samping menggalakkan waris-waris mangsa untuk memfailkan tuntutan sivil terhadap syarikat dan pemandu bas terbabit.

Namun, saksi mata sangat penting dalam siasatan ini dan saya harap saksi-saksi di tempat kejadian boleh bantu dalam buktikan pemandu tersebut membawa bas secara melulu dan laju dengan memberi keterangan atau beri rakaman dashcam untuk dijadikan sebagai bukti keterangan dan dokumentar untuk menuntut keadilan bagi mangsa yang terlibat.

Mahmud juga menasihati agar mangsa atau waris segera melantik peguam untuk menyusun laporan yang sesuai bagi memudahkan proses tuntutan ganti rugi.

Pssttt! Jangan biarkan mangsa pergi begitu saja tanpa pembelaan sewajarnya. Harap siasatan telus dapat dilakukan dan semua yang terlibat bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Kredit: Facebook Mahmud Jumaat
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas