Trending
Saksi Mengaku Padam Video Dashcam Lepas Kes Diserahkan Kepada Pegawai Penyiasat Baru
Pada hari ke-16 prosiding perbicaraan kes pegawai kanan polis didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi, saksi pendakwaan ke-29 iaitu pegawai penyiasat trafik, Inspektor Jong Pit Chao mengaku memadam dua rakaman video dashcam yang dihantar saksi kepadanya.
Memetik laporan Berita Harian, Jong merupakan pegawai penyiasat trafik yang membuka kertas siasatan membabitkan Muhammad Zaharif Affendi dan Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak.
Pegawai penyiasat trafik padam dua video dashcam

Jelasnya, video itu dirakam oleh seorang saksi menggunakan dashcam Mitsubishi Triton, berhampiran lokasi kejadian pada 17 Disember 2023.
Beliau memaklumkan video dashcam dihantar melalui aplikasi WhatsApp dua hari selepas kejadian perlanggaran.
Namun, Inspektor Jong memadam video berkenaan selepas kes diserahkan kepada pegawai penyiasat baharu, Asisten Superintendan Chua Sze Chuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Insiden luar biasa

Ketika peguam bela, Datuk Mior Faridalathrash Wahid meminta saksi menunjukkan video tersebut kepada mahkamah, Inspektor Jong berkata, rakaman itu kini tidak lagi dalam simpanannya.
Jong menyifatkan insiden ini sebagai “luar biasa” kerana motosikal mangsa didakwa dikejar dan dilanggar dari belakang oleh sebuah Perodua Ativa.
Berdasarkan keterangan saksi awam, motosikal mangsa dikejar oleh sebuah Perodua Ativa dan dilanggar dari belakang. Maksudnya, ini kejadian luar biasa yang mana wujud insiden mengejar antara kereta dan motosikal.
Katanya, situasi ini berbeza daripada kes kemalangan biasa kerana kedua-dua kenderaan tidak berada di lokasi kejadian.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM