
Trending
Saksi Keempat Dedah PU Azman Cabul Dan Hisap Kemalu*n Anaknya
Oleh
Pagi tadi penceramah selebriti, PU Azman tiba di Mahkamah Seksyen Seremban bagi perbicaraan lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Febuari dan Julai tahun lalu.
Menurut laporan mStar, bapa kepada salah seorang mangsa yang juga merupakan saksi keempat memberitahu yang pendakwah bebas itu pernah melakukan seks oral terhadap anak lelakinya yang dipercayai dilakukan di kediaman Azman di Sendayan, Negeri Sembilan pada Februari 2022 lalu. Allahu..
Anak saya bagitahu Azman meraba-raba dan menghisap kemaluannya. Azman juga pernah mengambil anak saya di asrama dan bawanya keluar.
Perkara itu telah didedahkan oleh bapa mangsa di hadapan Hakim Datin Surita Budin pada perbicaraan hari pertama yang berlangsung pada Isnin.
Selepas mendengar cerita itu saya memang rasa marah. Sepatutnya Azman nasihat anak saya tapi lain pula yang jadi.
Terdahulu, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.
Difahamkan, pendakwah berusia 42 tahun itu melakukan amang seksual terhadap mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun.
Kredit: mStar
Jangan lupa layan video menarik di Oh! Media juga ya..
