
Trending
Sah! Insiden Pelajar Diangkat Di Miri Bukan Buli, Hanya Gurauan Sempena Hari Jadi
Kes di Miri itu kini diklasifikasikan sebagai NFA (Tiada Tindakan Lanjut).
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tular satu rakaman video berdurasi 13 saat memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat seorang individu sehingga terkena tiang di Miri, Sarawak.
Video itu mencetuskan pelbagai spekulasi, ada yang mendakwa ia insiden buli.
Hanya gurauan sempena hari jadi
Namun, siasatan polis mengesahkan perkara sebenar tidak seperti yang disangka. Pelajar yang dikatakan mangsa turut tampil membuat laporan bersama ibu bapanya dan menafikan dirinya dibuli.
Menurutnya, kejadian itu hanyalah gurauan bersama rakan-rakan sempena sambutan hari lahir pada 19 September lalu.


Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dari institusi pengajian di Miri turut mengesahkan ia hanyalah gurauan keterlaluan dan tiada unsur paksaan atau penderaan.
Malah, pihak institut akan mengambil tindakan ke atas semua pelajar terlibat kerana kejadian berlaku di dalam kawasan institusi.
Tambah Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah lagi, semua pihak berkaitan termasuk pelajar berusia 18 hingga 24 tahun, telah dipanggil untuk diambil keterangan.
Kes itu kini diklasifikasikan sebagai NFA (Tiada Tindakan Lanjut).
Pssttt! Walaupun kali ini tiada unsur penderaan, perbuatan seperti ini tetap bahaya dan boleh mencederakan. Oh! Media nasihatkan supaya anak muda lebih bijak dalam bergurau dan jangan sampai memalukan diri sendiri di media sosial.
Kredit: X @redzuannewsMPB
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
