Trending
Rumah Allahyarham Sudirman Membesar Terbiar, Hanya Tinggal Tangga Dan Penuh Semak Samun
Penghibur popular, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad sememangnya seorang penyanyi yang disegani ramai. Beliau bukan sahaja terkenal di dalam negara bahkan sehingga ke Indonesia, Singapura dan Brunei.
BACA: Selepas Piala Sudirman, Dari Mana Pula Nama Piala Uber Dan Thomas Berasal?
Di Facebook, tular beberapa keping foto memaparkan keadaan terkini kediaman Allahyarham Sudirman membesar di zaman kanak-kanak.
Rumah yang terletak di Kampung Tok Embun, Mentakab Pahang itu dilihat dalam keadaan terbiar dan dipenuhi semak samun.
Lebih menyedihkan apabila rumah usang itu hanya tinggal tangga konkrit selepas rosak teruk dalam kebakaran pada tahun 2008.




Memetik laporan Harian Metro, Sudirman membesar di rumah itu sehingga tamat sekolah menengah. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya Kuala Lumpur pada 1976 dalam bidang undang-undang.
Nenek Sudirman berkata, penyanyi tersebut sering pulang ke rumah pusaka sehingga beliau meninggal dunia pada 1992.
Kredit: Facebook Sudirman.Hj.Arshad
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
