Connect with us

Oh! Media

Rompak Guna Pistol Mainan, Tiga Sahabat Dituduh Di Mahkamah

Polis   Oh Media

Trending

Rompak Guna Pistol Mainan, Tiga Sahabat Dituduh Di Mahkamah

Hari ini, tiga orang sahabat telahdibicarakan di Mahkamah apabila dituduh telah melakukan sebuah rompakan dengan menggunakan pistol mainan.

BACA: (Video) Tak Sangka Kereta Kena Rompak Ketika Ziarah Kubur, RM8K Dan Dokumen Penting Lesap

Namun, ketiga-tiga tertuduh yang berusia dari 22 hingga 29 tahun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Juraidah Abbas.

IKLAN

Guna pistol mainan

Ketuk mahkamah3 1552451837

Tertuduh didakwa telah melakukan perbuatan tersebut ke atas seorang individu yang berusia 24 tahun degan bersenjatakan pistol mainan di sebuah stesen minyak di Kodiang, Kubang Pasu.

Mengikut kertas pertuduhan, suspek didakwa melakukan rompakan berkumpulan tersebut sebelum melarikan diri dengan menggunakan kereta Proton Satria pada jam 4.15 pagi, 12 November yang lalu.

Sehari selepas kejadian rompakan tersebut, ketiga-tiga tertuduh telah ditahan di sekitar kawasan Jitra dan Changlun.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin namun kegagalan tertuduh untuk membayar menyebabkan mereka dibawa ke penjara.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas