Connect with us

Oh! Media

Risau Penonton Lari, Tindakan Instafamous ‘Live’ Sambil Buang Air Kecil Dikecam

Trending

Risau Penonton Lari, Tindakan Instafamous ‘Live’ Sambil Buang Air Kecil Dikecam

Seorang Youtuber dan Instafamous terkenal dari Indonesia, Ria Ricis menerima kecaman netizen gara-gara ‘membawa’ penonton di siaran langsung Instagramnya ke tandas.

ADVERTISEMENT

BACA: Tindakan Oki Setiana Dewi Perhati Dan Jaga Aurat Adik Semasa Bersanding Dipuji

Memetik laporan portal liputan6, kejadian bermula apabila penonton sesi live itu mencecah sehingga 14,000 orang. Ria Ricis yang mahu membuang air kecil bimbang penonton akan ‘lari’ sekiranya dia meninggalkan live itu.

Asli aku mau pipis, tapi kan nggak mungkin kalau kalian ikut aku pipis. Aku tinggalkan pun nggak mungkin.

Kalau ditinggal yang nonton pada kabur. Oh gini aja, kalian ikut aku ke toilet, tapi kameranya aku hadapkan ke belakang ya.

Sudah tak tahan nak kencing, Ria Ricis yang merupakan adik kepada pendakwah terkenal Oki Setiana Dewi membawa telefon bersamanya namun kamera dihadapkan ke belakang.

Dia juga dalam nada bergurau berkata akan memadam akaun Instagram yang mempunyai 30 juta followers itu sekiranya jumlah penonton berkurang.

Tindakan itu pastinya mengundang rasa kurang senang netizen. Ada yang kata Ria Ricis sanggup melakukan apa sahaja demi ‘content’. Malah, dia juga dikecam tidak beradab, “Padahal buang air pun ada adabnya.”

Kredit: liputan6

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas