Connect with us

Oh! Media

Tindakan Oki Setiana Dewi Perhati Dan Jaga Aurat Adik Semasa Bersanding Dipuji

Oki Setiana

Oh! Artis

Tindakan Oki Setiana Dewi Perhati Dan Jaga Aurat Adik Semasa Bersanding Dipuji

Pernah membintangi filem ‘Bila Cinta Bertasbih’, pasti ramai yang mengenali pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi.

BACA: Ditayang 6 Jam Live Di Kaca TV, Acara Lamaran Selebriti Indonesia Ini ‘Grand’ Macam Nikah

Kini aktif dalam kegiatan dakwah, Oki dikatakan mempunyai karakter yang cukup berbeza dengan adiknya, Ria Ricis. Pelakon ini disifatkan sebagai seorang yang lemah lembut manakala Ria Ricis seorang yang aktif dan periang.

IKLAN
256419788 1575155822830698 1954800362744748634 n 1

Sebagai seorang kakak, Oki semestinya menjaga adiknya dengan sebaik mungkin. Seperti video tular di TikTok ini, Oki dilihat memerhati dan menjaga aurat adiknya semasa bersanding di Hotel Inter Continental Pondok Indah, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan minggu lalu.

@muhd..ahmad

masyaAllah tabarakallah ❤️##okisetianadewi ##riaricis ##teukuryantr

♬ Khadijah – Veve Zulfikar

Oki secara spontan naik ke pelamin dipercayai untuk memperbetulkan gaun adiknya yang sedikit terselak ketika duduk.

Tindakan Oki itu mendapat reaksi positif daripada orang ramai. Rata-rata memuji sifat prihatin pelakon itu dalam memastikan aurat adiknya terjaga.

Namun begitu, ada juga yang mengecam tindakan Ria Ricis yang menari sakan di majlis persandingannya tanpa menghiraukan imej yang dibawa oleh Oki Setiana Dewi.

@nisaa1004

Bukan @riaricis kalo tdk tiktokan ##resepsiricistr ##tiktokdance ##ricistr ##riaricis ##teukuryantr

♬ Cinta – Melly Goeslaw & Krisdayanti

Di Indonesia, Ria Ricis merupakan seorang Youtuber berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut di aplikasi TikTok.

Kredit: TikTok @muhd..ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas