Connect with us

Oh! Media

Rina Harun Dikecam Guna Waterjet Cuci Simen Bersih, JKM Beri Penjelasan

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 12 27t085447587

Trending

Rina Harun Dikecam Guna Waterjet Cuci Simen Bersih, JKM Beri Penjelasan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menerima pelbagai reaksi masyarakat selepas tular video memaparkan dirinya sedang membersihkan kawasan simen yang kelihatan sudah bersih.

BACA: (VIDEO) ‘Tak Payah Sebut B Tu’ – Adibah Noor Tegur Sebutan Inggeris Rina Harun

Dalam video tersebut, beliau dilihat menggunakan penembak air (waterjet) menyembur sekitar koridor dan longkang sebuah sekolah yang digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).

IKLAN

Disebabkan video itu juga, nama beliau menjadi trending di laman sosial bermula semalam.

Terbaru, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memberi penjelasan berhubung kejadian tersebut. Dalam satu kenyataan, JKM berkata, pihaknya telah memohon kesudian Menteri itu untuk mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan pihak sekolah sukar dibersihkan sebelum ini.

Memandangkan waterjet disediakan di PPS tersebut, beliau tidak menolak pelawaan JKM malah menerimanya dengan lapang dada dan hati yang terbuka.

Jelas JKM lagi, kehadiran Rina bukan sekadar membersihkan simen itu tetapi beliau turut membantu melakukan kerja pembersihan serta susun atur logistik lain.

Katanya, sekolah yang digunakan sebagai PPS sebelum ini perlu dipulangkan dalam keadaan bersih dan teratur.

Kredit: Instagram Rina Mohd Harun

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas