Connect with us

Oh! Media

Geng Rider Sanggup Kumpul Duit & Cat Semula Bonggol Selepas Ada Yang Mengadu

Trending

Geng Rider Sanggup Kumpul Duit & Cat Semula Bonggol Selepas Ada Yang Mengadu

Sekumpulan penghantar makanan yang terdiri daripada 20 orang pemuda di Kemaman hari ini telah mengambil inisiatif sendiri untuk mengecat semula kira-kira hampir 50 bonggol jalan yang dikatakan telah pudar di Kampung Baru Kerteh.

ADVERTISEMENT

Penyelaras program itu, Ahmad Aslah Azman berkata, sebelum ini ramai penduduk sekitar termasuklah penghantar makanan sendiri mengeluh apabila mereka sukar untuk mengesan kebanyakan bonggol jalan tersebut yang telah pudar warnanya disebabkan oleh faktor cuaca dan masa.

Senario itu amatlah membahayakan keselamatan penunggung motosikal termasuk kami sebagai penghantar makanan terutama pada waktu malam.

Oleh itu, sebagai tanda prihatin, kami telah mengumpul wang sesama sendiri untuk membeli cat, berus cat dan lain-lain. – Katanya kepada wartawan Kosmo.

Ahmad Aslan berkata, inisiatif untuk mengecat semula bonggol-bonggol jalan itu telah pun mendapat restu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Saiful Azmi Suhaili dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Baru Kerteh.

Tambahnya, dia dan rakan-rakan penghantar makanan yang lain telah meluangkan sedikit masa dalam kesibukan mereka untuk memenuhi pesanan pelanggan dengan bergotong-royong mengecat semula 50 bonggol jalan tersebut.

Ini sumbangan kecil kami untuk manfaat masyarakat setempat. Semoga ia dapat membetulkan persepsi segelintar masyarakat yang memandang serong golongan penghantar makanan seperti kami kononnya berperangai seperti samseng jalanan. – Katanya.

Mulia sungguh hati abang-abang rider ni, sanggup kumpul duit dan luangkan masa untuk cat semula bonggol pudar. Terbaiklah!

Kredit: Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas