Trending
Remaja Lelaki Tekup Kekasih Dengan Bantal Hingga Maut Gara-Gara Minta Putus
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan polis selepas disyaki membunuh kekasihnya dengan cara menekup muka mangsa dengan bantal.
BACA: Didakwa Bunuh Kekasih, Rakan Kepada Youtuber Berdepan Hukuman Gantung
Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Pandan, Klang itu berpunca disebabkan mangsa ingin memutuskan hubungan dengannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, hasil siasatan awal pihaknya mendapati remaja itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Suspek ditahan di tepi jalan berhampiran lokasi kejadian dipercayai sedang melarikan diri.
Pemeriksaan pada badan mangsa tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.
Difahamkan, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada seorang wanita yang merupakan kenalan remaja lelaki berkenaan.
Remaja lelaki berkenaan telah menghubungi wanita itu meminta bantuan mengambilnya di Kampung Pandan kerana sudah menekup muka mangsa dengan bantal sehingga tak sedarkan diri.
Setibanya pihak polis di lokasi, mangsa yang berusia 24 tahun ditemui terbaring di atas katil di sebuah bilik di rumah berkenaan.
Bertindak atas maklumat pada 9.20 malam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan suspek warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes ini berdekatan lokasi kejadian.
Pihak polis merampas pakaian yang digunakan suspek selain beberapa barang yang dijumpai Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk membantu siasatan.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek ditahan reman selama 7 hari sehingga 31 Ogos ini.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM