Connect with us

Oh! Media

Didakwa Bunuh Kekasih, Rakan Kepada Youtuber Berdepan Hukuman Gantung

Trending

Didakwa Bunuh Kekasih, Rakan Kepada Youtuber Berdepan Hukuman Gantung

Seorang lelaki yang merupakan rakan kepada Youtuber terkenal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau di atas pertuduhan membunuh kekasihnya.

ADVERTISEMENT

BACA: Ada Kesan Lebam Lama Dan Baru, Youtuber Ditahan Bantu Siasatan Kematian Kekasih

Tertuduh Abdul Jamal Ahmad didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Nur Diyanah Harris pada 3 April lalu di No 12A Lintang Kampung Masjid 3, Teluk Kumbar antara 9 pagi hingga 5 petang.

Foto: Harian Metro/Mikail Ong

Jamal didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. Tiada jaminan ditawarkan, tertuduh boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi, tertuduh mengangguk faham dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 13 Julai hadapan sementara menunggu laporan bedah siasat selesai.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas