Connect with us

Oh! Media

Anak Bersyukur Ayah Selamat Selepas 5 Hari Hilang Di Laut

Trending

Anak Bersyukur Ayah Selamat Selepas 5 Hari Hilang Di Laut

Seorang ayah yang merupakan pesara tentera ditemui selamat pagi tadi selepas dilaporkan hilang ketika belayar di laut sejak lima hari yang lalu.

ADVERTISEMENT

Berita penemuan ini sudah semestinya menjadi sebuah berita gembira kepada anaknya iaitu Fatihah Abdul Wahab, 30 yang bimbang akan kehilangan ayahnya, Abdul Wahab Mohd Yusof, 59, selepas ditemui oleh penduduk Kampung di Pantai Mas Kuala Paloh, Daro dalam Bahagian Mukah, pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian, Abdul Wahab dilaporkan keluar dari kediamannya di Bintangor dalam Bahagian Sarikei untuk ke Kuala Paloh yang memakan masa kira-kira empat jam untuk melihat rakan-rakannya memukat ikan pada jumaat yang lalu.

Ayah keluar dan menaiki perahu selepas solat Jumaat dan memberitahu kami dia hendak ke Kuala Paloh. Kami sedikit hairan kerana ayah tidak pernah pergi sejauh itu.

Fatihah berkata, mereka gagal menghubungi ayahnya dan bimbang akan keadaanya kerana laut ketika itu agak bergelora selain turut meminta bantuan dari penduduk di Belawai dan Kuala Paloh untuk mengesan ayahnya.

Selepas lima hari berusaha dan berdoa, akhirnya pagi tadi kami menerima maklumat daripada pasukan penyelamat yang ayah sudah ditemui selamat.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan akan kehilangan mangsa pada jam 8.48 malam tadi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada jam 7 pagi tadi oleh tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis serta anggota polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

Berdasarkan maklumat awal yang kami terima, mangsa ditemui selamat di Pantai Mas, Kuala Paloh dan dia dalam keadaan letih.

Perahu dan enjin tidak mengalami masalah, cuma tersangkut pada beting pasir dan berikutan cuaca tidak elok, mangsa mencari perlindungan di kawasan pantai.

Mangsa gagal dihubungi oleh kerana telefon bimbitnya rosak akibat terkena air serta minyak enjin di perahunya tidak mencukupi untuk pulang.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas