Connect with us

Oh! Media

Cemburu Punya Pasal, Lelaki Gila Talak Serang Kekasih Bekas Isteri Dengan Kapak

Cemburu

Oh! Tidak

Cemburu Punya Pasal, Lelaki Gila Talak Serang Kekasih Bekas Isteri Dengan Kapak

Seorang lelaki bertindak ‘gila’ apabila menyerang kekasih bekas isterinya dengan kapak dipercayai bermotifkan cemburu.

BACA: Pelajar Ditekap Dengan Seterika Panas, Dipukul 10 Senior Dipercayai Kerana Cemburu

Lapor Kosmo!, ketika kejadian bekas isteri suspek dan kekasihnya sedang makan di dalam kereta berhampiran bulatan Menara Kinabalu, Kota Kinabalu Sabah.

IKLAN
Tetak
Tangkap layar rakaman tular

Mangsa (kekasih bekas isteri suspek) kemudiannya dihampiri tiga orang lelaki dan diserang menggunakan sebilah kapak. Mangsa ditetak berkali-kali oleh suspek sehingga cedera parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah, mangsa mengalami luka pada muka, tangan dan kaki hingga ibu jari kaki kanan hampir putus.

Pasangan itu menyelamatkan diri dan menuju ke Balai Polis Alam Mesra.

Kini polis sedang giat memburu suspek dan dua lagi rakan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata.

Suspek kes tetak
Suspek bernama Winhal Jalali bekas suami Abdel Jalali dan seorang lagi suspek belum dikenal pasti

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Khaidir Zakaria di talian 014-8019618.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas