Connect with us

Oh! Media

Rambut Model 1.65 Meter, Tak Pernah Potong Selama 26 Tahun

model

Trending

Rambut Model 1.65 Meter, Tak Pernah Potong Selama 26 Tahun

Alla Perkova, 38, merupakan seorang model rambut yang tak pernah potong rambut selama 26 tahun, iaitu sejak usianya 12 tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Nak Tampil Berbeza, Penyanyi Rap Mexico Pasang Implan Rantai Emas Ganti Rambut

Setelah 26 tahun, model yang berusia 38 tahun ini memiliki rambut sepanjang 1.65 meter sehingga mencecah kakinya.

50 gaya berlainan

model rambut 26 tahun

Alla Perkova menyatakan bahawa dia boleh menggayakan rambut panjangnya itu kepada 50 gaya berlainan.

Menurut Harian Metro, dia juga tidak menggunakan produk khas pada rambutnya dan menyatakan ia adalah hasil genetik yang diwarisi daripanya ibunya, Maria Perkova.

Ibu saya menjadi contoh seorang yang pandai menjaga kecantikan dan kewanitaan.

Dia masih mempunyai rambut yang panjang dan sihat pada usia 79 tahun. Rambut saya berkilat dan sihat kerana mempunyai genetik dan kesihatan yang baik.

Saya berterima kasih kepadanya kerana mengajar saya penjagaan yang betul.

Tiada sebarang diet tertentu yang dilakukan oleh Alla untuk membantu pertumbuhan rambutnya. Dia juga tidak mewarnakan rambutnya dengan pewarna dan produk tertentu atau menjalani sebarang prosedur khusus.

Alla hanya mencuci rambut 10 minit setiap dua hari dan menggunakan pengering rambut selama setengah jam untuk proses pengeringan. Rambutnya yang coklat muda bertukar menjadi perang ketika berada di bawah sinaran matahari pada musim panas.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas