Connect with us

Oh! Media

Nak Tampil Berbeza, Penyanyi Rap Mexico Pasang Implan Rantai Emas Ganti Rambut

Trending

Nak Tampil Berbeza, Penyanyi Rap Mexico Pasang Implan Rantai Emas Ganti Rambut

Pelik tapi benar! Itulah yang dilakukan seorang penyanyi rap dari Mexico apabila menjadikan perhiasan mewah seperti rantai emas dan berlian sebagai pengganti rambut.

ADVERTISEMENT

BACA: Cubaan Banduan Melarikan Diri Dengan Menyamar Gagal Setelah Kantoi Dengan Pihak Penjara

Memetik laporan portal liputan6, Dan Sur sanggup berbuat demikian untuk tampil lain daripada yang lain. Dia juga berbangga kerana menjadi artis pertama yang menanam (implan) emas di kepala.

Saya ingin melakukan sesuatu yang berbeza kerana saya lihat semua orang mewarnai rambut mereka. Saya harap orang tidak meniru saya sekarang.

Tindakan bahaya penyanyi berusia 23 tahun ini sekaligus tular dan menjadi bualan orang ramai. Dia mengaku menjalani prosedur pemasangan rantai emas di kepala pada April lalu. Dia turut mengakui prosedur yang dilakukan adalah sangat ekstrem.

emas

Dari sudut kesihatan, pakar bedah plastik Dr. Frank Agullo berkata apa yang dilakukan penyanyi itu adalah tidak selamat dan berisiko tinggi mengalami jangkitan. Selain itu, penyanyi itu turut berdepan risiko radang kulit kepala.

Dr Frank turut menzahirkan kebimbangan dengan beban yang diletakkan di kepala penyanyi tersebut. Pakar bedah plastik ini dengan tegas menghalang orang ramai meniru tindakan bahaya ini.

Kredit: liputan6

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas