
Oh! Makan
Ramai Terkedu Dengar Dessert Baru Aunty Jah Cecah Harga RM60
Nama Aunty Jah, pemilik perniagaan manisan terkenal Suka Dessert, sekali lagi mencuri perhatian ramai. Selepas kontroversi ais krim RM18 yang tular sebelum ini, kini dessert baru dari kedainya iaitu Tricolour Chocolate, menjadi bualan hangat.
Aunty Jah perkenalkan Tricolour Chocolate

Tricolour Chocolate merupakan inovasi terbaru daripada Suka Dessert, iaitu dipping sauce coklat yang menggabungkan tiga jenis coklat berbeza.
Peminat dessert sudah tidak sabar menantikan pelancaran rasmi menu ini yang dijangka menjadi tarikan utama di kedai tersebut.
Namun, bukan rasanya yang menjadi perbualan tetapi harganya yang mengejutkan ramai!
Harga RM60 buat ramai terkedu!
Ramai pelanggan meluahkan rasa tidak percaya apabila mengetahui harga Tricolour Chocolate ini mencecah RM60. Walaupun coklat yang digunakan dikatakan berkualiti tinggi dan premium, ramai yang beranggapan harga tersebut agak keterlaluan, lebih-lebih lagi untuk sekadar dipping sauce.
Ada yang menganggap harga itu tidak masuk akal tetapi tidak kurang juga yang mempertahankan Aunty Jah. Menurut mereka, produk berkualiti tinggi sememangnya datang dengan harga yang sepadan.
Ada juga yang berpendapat bahawa kualiti premium Suka Dessert mungkin berbaloi dengan harganya, manakala segelintir lagi menganggap ia hanya strategi pemasaran untuk menimbulkan kontroversi.
#OhmediaNasihat
Bila membeli, penting untuk menilai kemampuan sendiri. Kalau rasa harga tak sesuai dengan bajet, tak salah mencari alternatif lain yang lebih berpatutan.
Dalam masa yang sama, kita juga perlu menghormati usaha mereka yang menghasilkan produk berkualiti. Rezeki masing-masing, kan?

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Aplikasi X
