Connect with us

Oh! Media

Terlepas Hukuman Mati, Enam Tertuduh Dipenjara 18 Tahun Cederakan Zulfarhan

Oh! Tidak

Terlepas Hukuman Mati, Enam Tertuduh Dipenjara 18 Tahun Cederakan Zulfarhan

Mahkamah Tinggi hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh ke atas Zulfarhan Osman Zulkarnain.

ADVERTISEMENT

BACA: Tangisan Hiba dan Sujud Syukur Seorang Bapa – Kes Kematian Zulfarhan

Memetik laporan Kosmo!, Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu kepada Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.

Menurut kertas pertuduhan, enam tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi pada 22 Mei 2017. Mereka didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Hukuman penjara selama tiga tahun turut dikenakan kepada mereka kecuali Mohamad Shobirin kerana didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Mereka disabitkan bersalah bersama 12 lagi tertuduh yang lain iaitu Mohd. Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.

Kes dibicarakan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas