Connect with us

Oh! Media

Mydin Rugi Lebih RM5 Juta Akibat Banjir Tapi Halalkan Mangsa Banjir Pecah Masuk Ambil Barang

mydin

Trending

Mydin Rugi Lebih RM5 Juta Akibat Banjir Tapi Halalkan Mangsa Banjir Pecah Masuk Ambil Barang

Keadaan banjir yang melanda negara pada tahun ini dilihat agak kelam kabut dan ramai yang terjejas serta mengalami kerugian. Keadaan ini dilihat teruk apabila ada mangsa yang sanggup memecah masuk beberapa kedai runcit termasuk Mudin Mart untuk mendapatkan bekalan makanan.

ADVERTISEMENT

BACA: Kehabisan Makanan, Individu Terpaksa Pecah Masuk Kedai Di Taman Sri Muda

Antara cawangan Mydin yang terlibat adalah di Taman Sri Muda Shah Alam dan mangsa dikatakan terpaksa melakukan perkara itu kerana bantuan lambat tiba.

Mydin halalkan barang yang diambil mangsa

Pihak Mydin yang menyedari apa yang berlaku ke atas cawangan mereka bagaimanapun menghalalkan barangan keperluan yang diambil oleh mangsa. Ini dapat dilihat dalam satu kenyataan rasmi dari Mydin.

Semua berkait antara satu sama lain. Gangguan bekalan ini bukan saja di Selangor tetapi operasi MYDIN di seluruh negara.

Saya tidak menyokong tindakan itu tetapi ia sudah berlaku dan saya menghalalkan segala barangan yang diambil jika niat mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup dan terdesak akibat bantuan yang lewat tiba. – Kata Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin.

Mydin turut mengalami kerugian lain akibat banjir

Memetik laporan Berita Harian, Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) yang mempunyai lebih 66 cawangan pasar raya di seluruh negara turut terjejas dengan banjir di beberapa cawangan mereka. Kerugian turut dianggarkan melebihi RM5 juta dan itu tidak termasuk kos baik pulih.

Kerugian yang berlaku disebabkan banjir adalah sudah pasti, tetapi kerugian ke hadapan itu kita tidak dapat nilaikan lagi. Cawangan MYDIN yang dinaiki air perlu dilaksanakan proses pemulihan dan sudah pasti akan terdapat kos di situ. Ibarat kita perlu membuka semula kedai yang baru.

Ia akan mengambil masa dalam tempoh tiga bulan dan sepanjang tempoh itu kos operasi masih berjalan seperti bayaran gaji pekerja, utiliti dan sewaan. – Katanya.

Apapun kita harapkan agar bencana banjir ini selesai dan semua dapat kembali seperti biasa.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas