Connect with us

Oh! Media

“Ramai Gagal Pertahankan Perkahwinan”- Datuk Yusof Haslam Bagi Tips Bahagia Dalam Rumah Tangga

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 30t140757729

Trending

“Ramai Gagal Pertahankan Perkahwinan”- Datuk Yusof Haslam Bagi Tips Bahagia Dalam Rumah Tangga

Banyak kes penceraian yang berlaku dalam kalangan selebriti membuatkan pengarah dan penerbit Datuk Yusuf Haslam terkejut kerana ramai gagal mempertahankan perkahwinan yang dibina.

Menerusi laporan mStar, Yusof telah berkongsi sedikit rahsia rumah tangga kekal bahagia walaupun sudah 41 tahun bersama isterinya, Datin Patimah Ismail.

Yusof berkata sebagai suami, dia tidak pernah malu untuk memujuk isterinya apabila isterinya itu merajuk dengannya. Malah, katanya tindakan itu bukanlah menunjukkan kekalahan bagi seseorang lelaki.

IKLAN

Apabila melakukan perkara itu, ia boleh menjadikan rumah tangga semakin tenang dan harmoni.

Saya bukanlah sempurna tapi saya tengok sekarang ini, hari-hari kes cerai. Bagi saya rumah tangga perlukan kesabaran, tolak ansur dan paling penting adalah pujuk memujuk.

Sebagai lelaki kita jangan anggap pujuk itu bermaksud kita kalah. Rumah tangga saya bertahan sebab sifat pujuk memujuk. Itu petua dikongsi ibu saya sendiri yang dilakukan ayah saya.

Menurutnya lagi, masalah yang timbul dalam rumah tangga adalah perkara biasa. Tiada rumah tangga yang tenang sahaja tanpa ada masalah.

Krisis dalam rumah tangga itu adalah perkara biasa. Tidak ada perkahwinan yang akan jadi tenang setenangnya.

Yusof juga mengingatkan para isteri untuk memainkan peranan penting seperti bertolak ansur antara satu sama lain. Jangan mementingkan diri sendiri.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 30t140757729

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas