Oh! Artis
Nasihat Datuk Yusof Haslam Mengenai Rumah Tangga Undang Perhatian Ramai
Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam nasihat kepada pasangan yang dah berumah tangga supaya sentiasa jujur dalam perkahwinan.
Menerusi Dol’s podcast, bapa kepada Syamsul Yusof itu juga berkata yang kejujuran merupakan kunci kepada kebahagiaan dalam rumah tangga dan apa saja masalah yang terjadi perlu diselasaikan dengan cara yang baik.
Awak kena jujur dengan rumah tangga barulah datang kebahagiaan dan rezeki yang Allah akan bagi.
Kalau isteri saya merajuk, saya akan pujuk. Kalau ada masalah, selesaikan dengan cara yang baik.
Tapi kalau isteri pun jenis yang suka tengking saya rasa saya akan cabut juga.
Pengarah itu juga menasihati wanita supaya sentiasa mengetahui dan jaga batas-batas mereka apabila menjadi seorang isteri.
Bukan tu jer, suami juga turut dinasihatkan supaya tidak menggunakan status ‘ketua keluarga’ sebagai kuasa untuk buat apa saja.
Apa yang saya nak cakap bahawa si isteri juga mesti bersikap terbuka dan tahu batas-batas sebagai seorang isteri.
Mereka perlu tahu bahawa ketua rumah tangga adalah suami cuma si suami pula janganlah gunakan itu sebagai kuasa veto.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Youtube Dol’s Podcast
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM