Connect with us

Oh! Media

“Well done! Kalau Nak Diet Hubungi, Saya Ajar” – TMJ Hubungi Terus Menteri Besar Kedah Berkenaan Gaji Pemain

tmj

Trending

“Well done! Kalau Nak Diet Hubungi, Saya Ajar” – TMJ Hubungi Terus Menteri Besar Kedah Berkenaan Gaji Pemain

Isu tunggakan gaji bukanlah perkara yang boleh diambil ringan! Disebabkan itu pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berkompromi dengan mana-mana kelab yang tidak membayar gaji pemain mereka.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, TMJ berasa gembira dengan pengurusan kelab Kedah yang berjaya selesaikan tunggakan dua bulan gaji pemain. TMJ menganggap Kedah sebagai lawan terkuat dan kedua-dua pasukan ini akan bertemu pada hari Khamis ini.

All the best Kedah, Alhamdulillah dah dapat gaji. Harap semua pemain OK. Good luck dan Insya-Allah perlawanan terbaik. – Tulis TMJ di Instagram.

TMJ turut menunjukkan perbualannya dengan Baddrol Bakhtiar, ketua pasukan Kedah yang memaklumkan semua pemain telah menerima gaji.

“Next, Perak FC and Sarawak FC”

Dalam pada itu TMJ turut menghubungi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md.Nor bagi mengesahkan berita diterimanya.

Salam Dato. Gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. Well done. Jaga diri dan jaga kesihatan. Kalau nak diet hubungi, saya ajar. – Kata TMJ.

Dalam ketegasan sempat lagi TMJ bergurau. Apapun diharapkan apa yang berlaku ini dijadikan pengajaran kepada kelab lain.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas