Connect with us

Oh! Media

Rakyat Malaysia ‘Terkandas’ Di Ukraine Akan Pulang Ke Tanah Air Hari Ini!

Article 3 28 2

Trending

Rakyat Malaysia ‘Terkandas’ Di Ukraine Akan Pulang Ke Tanah Air Hari Ini!

Rakyat Malaysia yang terkandas di Ukraine pada masa ini telah dijadualkan untuk pulang ke tanah air harini menerusi penerbangan komersial.

BACA: Tentera Chechnya Disahkan Berada Dalam Hutan Ukraine Bantu Rusia Kesan Pegawai Dikehendaki

Menerusi laporan Awani, kumpulan terakhir itu akan berlepas dari Warsaw setelah berjaya memasuki Poland selepas meninggalkan Kiev pada 25 Februari lalu melalui jalan darat.

IKLAN

Dibantu dua pegawai Kedutaan Besar Malaysia

Ukraine

Kumpulan rakyat Malaysia itu selamat tiba di sempadan Poland kerana dibantu oleh dua pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Warsaw, iaitu Kuasa Usaha Sementara, Fadhilah Daud dan Setiausaha Kedua, Aminuddin Osman.

Sebelum ini, 13 warganegara Malaysia telah meninggalkan Ukraine dalam tempoh 14-25 Februari atas nasihat Kedutaan Besar Malaysia di Kiev susulan kenyataan media Kementerian Luar Negeri (KLN) pada 14 Februari.

KLN kesal dengan laporan beberapa media dengan tajuk-tajuk sensasi dan mengelirukan serta komen-komen di media sosial yang tidak berasas dan menyimpang daripada situasi sebenar berhubung pelaksanaan misi ini.

Semoga perjalanan rakyat Malaysia dari Ukraine untuk pulang ke Malaysia selamat dan dilindungi. Harap semua orang memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk tidak menyebarkan berita palsu yang boleh memanipulasikan minda rakyat.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas