Connect with us

Oh! Media

Rakan Jelaskan Punca Sebenar Pensyarah Meninggal Di Kolam Renang, Nafi Tuduhan Suami Terlibat

Ohmedia pensyarah Kolam

Trending

Rakan Jelaskan Punca Sebenar Pensyarah Meninggal Di Kolam Renang, Nafi Tuduhan Suami Terlibat

Rakan arwah pensyarah tampil jelaskan punca sebenar kematian, bukan lemas seperti dilapor media.

Baru-baru ini, tular laporan berita mengenai seorang pensyarah wanita yang meninggal dunia di kolam renang hotel.

Berita tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga ada netizen mengaitkan kematian arwah dengan suaminya.

Terbaru, rakan terdekat kepada suami arwah tampil menceritakan perkara sebenar. Individu bernama Khalif Sidratul mahu masyarakat menghentikan salah faham dan fitnah terhadap suami mangsa.

IKLAN

“Isteri tiba-tiba pengsan, bukan mati lemas”

Khalif menjelaskan, berdasarkan cerita sebenar daripada suami arwah sendiri, kejadian berlaku ketika mereka sedang mandi di kolam renang.

Pensyarah

Arwah sebenarnya pandai berenang, namun secara tiba-tiba pengsan di dalam air, bukan lemas atau dilemaskan.

Tambah beliau, suami mangsa segera menyelamatkan isterinya dan melakukan CPR, namun gagal menyelamatkannya.

Malangnya, tajuk berita yang tidak tepat menyebabkan suami mangsa difitnah dan disalah anggap sebagai suspek oleh netizen.

Pensyarah Kolam

“Suami hilang isteri, tapi dituduh pula”

Khalif turut meluahkan rasa kecewa terhadap laporan media yang disifatkan “misleading” sehingga membuka ruang kepada netizen untuk menuduh suami arwah tanpa usul periksa.

Pensyarah

Dalam hantaran itu juga, Khalif memaklumkan bahawa arwah sebenarnya sedang hamil tiga bulan ketika kejadian berlaku.

Pssttt! Semoga masyarakat lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat dan tidak menambah luka keluarga yang sedang bersedih. Oh! Media turut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas