Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Terbit Buku ‘Terus Melangkah’, Tidak Mahu Jaja Kisah Peribadinya

puteri sarah

Oh! Artis

Puteri Sarah Terbit Buku ‘Terus Melangkah’, Tidak Mahu Jaja Kisah Peribadinya

Pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsi perasaan teruja dan gembira apabila bukunya yang berjudul Puteri Sarah : Terus Melangkah akan mula dijual bermula 31 Mei ini.

ADVERTISEMENT

Menurut Puteri Sarah, dia berkata naskah yang diterbitkan ini tidak ada kena mengena atau mahu menjaja kisah peribadinya termasuklah kes mahkamah yang melibatkan dia dan suaminya, Syamsul Yusof.

Tambahan, dia juga sudah memaklumkan kepada Syamsul bahwa dia bakal menerbitkan buku berkenaan.

Buku ni memang tak ada kena mengena dengan kes, memang dah tapis.

Actually, Sarah pun dah bagitau kat Syamsul yang saya nak keluarkan buku. Saya kata ‘I nak keluarkan buku tau, tapi tak ada kena mengena dengan you.. respons dia, dia kata okay.

puteri sarah

Sarah yang ditemui di majlis pelancaran buku Puteri Sarah: Terus Melangkah yang berlangsung di PWTC bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,  pada Selasa.

Dalam pada itu, aktres ini juga berkongsi bab yang paling dekat dihatinya adalah apabila dia berkongsi tentang sumber kekuatannya.

Malah, baginya sumber kekuatanya datang dari kedua ibu bapanya, ibu dan ayah mentuanya, orang terdekat serta anak-anak, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Sebenarnya banyak nak tulis dalam chapter ni tapi disebabkan banyak yang nak kena tapis jadi itulah dia. Kekuatan dari parents, in law dan anak-anak.

Memang sepanjang proses untuk siapkan naskhah ni, memang banyak kali saya  menitiskan air mata termasuk orang-orang yang memberikan input untuk siapkan buku ini.

Buku ini bukan cerita benda yang tidak elok atau membuka aib sesiapa, hanya menceritakan perkara yang baik-baik sahaja.

Ini sisi lain yang tak pernah saya kongsikan kepada umum. Saya nak benda ni diketengahkan dan dijadikan iktibar buat orang ramai diluar sana.

Sementara itu, Puteri Sarah juga akui dia kini sudah berbaik dengan suaminya, Syamsul Yusof.

Kita dah baik lah dengan dia… kita dah jadi friend-friend dah yang penting kena tulis yang baik-baik pasal dia.

BACA: “Saya Terus Setuju” – Puteri Sarah Seronok Dapat Watak Perampas Laki Orang Dalam Drama

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas