Oh! Artis
Puteri Sarah Tampil Jawab Luahan Netizen Yang Kecewa Kes Saman Ira Kazar Ditarik Balik
Sebelum ini, umum sudah mengetahui mengenai berita penarikan semula kes saman pelakon Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar.
Berikutan itu, ramai warga netizen meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Puteri Sarah kerana sebelum ini Puteri Sarah merupakan contoh wanita yang kuat berjuang.

Walau bagaimanapun, Puteri Sarah tampil menjawab komen netizen dengan tenang di ruangan komen.
Menurut aktres itu, dia lebih mementingkan kesihatan mental dan kebahagian anak-anaknya.
Tambahan, Puteri Sarah turut menekankan bahawa mengalah tidak bererti dia kalah.
Mengalah tak bererti kalah… saya lebih memilih mental health saya, freedom saya.
Kebahagiaan saya dan anak-anak kerana kebebasan saya amat berharga. Doakan saya ya.

Sementara itu, Puteri Sarah turut menjawab persoalan warga netizen yang mengatakan perjuangannya itu sebenarnya bukan untuk diri sendiri tapi untuk semua wanita yang berada di dalam nasib yang sama.
I buka jalan untuk semua tapi freedom is not free but if anyone need help im available.

BACA: “Sulit Untuk Didedahkan” – Kes Saman Puteri Sarah Dan Ira Kazar Akhirnya Selesai
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.